Retak (5)

5sen 2009

Sekeping syiling dengan nilai 5sen ditempa pada tahun 2009, apa yang menarik disini adalah keadaan angka ‘ 9 ‘ itu dimana bahagian kepalanya tersumbat. Keadaan ini sememangnya mudah kita temui dalam edaran masa kini dan setiap kali buat tukaran sebanyak RM100 berkemungkinan boleh kita temui error jenis ini. Itu pun kiranya bernasib baik, kekadang dalam beratus pun belum tentu ada.

Apa yang hendak dijelaskan disini iaitu pada bahagian depan syiling sebagai mana gambar bawah yang terdapat Die Crack. Ianya terjadi pada bahagian kepala paku gasing hingga ke bahagian rim. Setiap satu syiling yang ditemui error jenis Die Crack pada tempat yang berlainan. Cuba lihat semula satu persatu yang sudah di muatkan dalam blog, dimana Die Crack yang kita dapat lihat berbeza tempatnya sedangkan bentuk keretakan hampir sama dan tidak memanjang. Sebagai contoh Die Crack Rim to Rim (RTR), mungkin belum tiba masanya untuk duacongkak memilikinya. Perlu banyak bersabar untuk dapatkan siri 5sen yang terjadi RTR

Gambar bawah adalah keratan untuk ” kepala 9 tersumbat “

Gambar keratan Die Crack pada bahagian kepala paku gasing.

Dan gambar paling bawah pula adalah gabungan diantara muka belakang dan muka depan syiling 5sen 2009. Dalam sekeping syiling terdapat dua jenis error yang menjadikan ianya lebih menarik untuk jadikan koleksi.

Apa pun simpannnnn…dulu.

2 Comments

  1. Salam aidil adha duacongkak,
    Syiling 5 sen 2009 menarik untuk diteliti,berbagai error yg menarik boleh dijumpai..Die chip pada angka”9″ adalah penyakit utamanya dan RTR die crack juga pernah dijumpai.Yang terbaik utk syiling 5 sen 2009 adalah DDO kepala gasing yg tersohor itu….
    Tahniah dan terima kasih utk perkongsian yg menarik ini…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s