Cuti2 Di Utara.

Salam sejahtera semua…rehatkan minda.

Setiap hari keluarkan kesah duit duit sampai naik bosan juga. Sesekali mahu berkongsi juga percutian duacongkak di sebelah Utara ( Perak dan Kedah ) bermula dari 04/11/2011 hingga 13/11/2011 Baki empat hari lagi di Johor hingga 17/11/2011.

Tiada apa yang menarik untuk diceritakan disini, hanya gambar gambar yang disnap untuk tatapan semua.

Kita layan gambar gambarnya.

Gambar pokok durian yang diambil dibelakang rumah. Selama ini belum pernah lagi duacongkak merasai kenekmatan buahnya. Ini kerana setiap kali berbuah atau tiba musimnya, duacongkak tidak balik…Siankan. 

Bila mendongak keatas…wow bergentel gentel buah didahan yang hanya tunggu masa untuk gugur. Hmm, melepas lagi, menurut kata bonda yang disayangi, buah durian ini kurang sedap tidak seperti durian dari pokok belakangnya. Tiada gambar kerana pokok itu terlindung dengan pokok buah buahan lain.

Ini pula pokok manggis yang usianya melebihi dari usia duacongkak sendiri, Jumlah pokok manggis yang ada disekitar belakang rumah sebanyak lebih kurang 20 – 30 pokok dan kini hanya tinggal 3 ke 4 pokok kerana ditebang untuk projek pembangunan dan membuat rumah adik adik.

Kenangan lama dimana semasa kecil dalam usia 10 tahun, manggis dari pokok inilah yang dipanjat dan dijadikan duit belanja. Waktu itu 10 biji 10 sen pun sudah bermakna dan muai sebab, 15 – 20 pokok sehari dipanjat dan kutipan hasil jualan mencecah $ 500/= dan pernah memperolehi hingga $ 1000/=. Banyak tuuu…bukan semua duit duacongkak sebab kena bahagi tiga dulu kepada tuan pokok iaitu nenek nenek. ( Orang Perak kata Opah dan Tok ). Baki diperolehi dibahagi dua pula dengan adik yang tolong kutip dibawah. Tinggal berapa je lagi. Duit waktu itu dari Gabenor pertama bermula dari Siri pertama, malangnya dua tiga keping jer yang disimpan setiap siri hingga tahun 1978 sebab belum minat sangat.

Buah manggis yang diambil dibelakang rumah dari pokok berusia 10 – 15 tahun.  Waktu merantau pokok manggis ini belum berbuah lagi tapi buahnya sudah biasa dimakan.

Pada batang pokok manggis terdapat belalang pokok yang halus sebesar putik kapas. Pandai menyamar kalau tidak betul betul dilihat sudah pasti tidak nampak.

Akhirnya bila sudah puas ambil gambar di belakang rumah, duacongkak pergi pula ke Sekolah untuk mengenang kembali kesah kesah silam. Terkejut kerana sudah banyak perubahan di bahagian depannya.( Luar pagar ) sebab dihadapan sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Menteri penuh dengan rumah rumah taman yang dulunya kebun getah dari simpang Jalan Ayer Kuning hingga ke Sekolah Rendah Kebangsaan Changkat Jering yang berada diatas bukit. (SRKCJ pun sudah berpindah di Batu 6 Jalan Simpang Taiping.

Papan tanda perlaksanaan projek menambah kelas yang ada.

Aduh…cerita panjang betul, suka sangat kot dapat balik kampong? Sebenarnya dimuat dalam blog untuk kenangan saja dan bukan ada istimewa pun…cuma kut kut ada kawan atau bekas pelajar yang membaca…best juga.

Sampai disini dulu sebab lepas ni mahu merantau ke Taiping tempat paling istimewa sekali iaitu Taman Tasik Taiping.

Assalamualaikum…

2 Comments

  1. Salam duacongkak,
    Gambar sekitar tasik Taiping ini teringat pada kisah kartun”From taiping with love”nukilan Allahyarham Rashid Asmawi dalam majalah Gila-gila.Masa tu depankanta muda remaja….
    Depankanta turut simpati dgn sakit demam panas yg menimpa duacongkak..Didoakan semoga Allah SWT segera pulihkan duacongkak supaya sihat kembali dan jangan lupa ikhtiar yg terbaik dgn perubatan doktor dan perubatan alternatif ….
    Salam dan terima kasih banyak2 duacongkak…

    • salam depankanta
      Memang benar, Allahyarham melakarkan cerita2 berkaitan Taman Tasik Taiping dalam Majalah Gila Gila. Untuk makluman depankanta, Adik Allahyarham adalah classmate duacongkak.
      Gambar Taman Tasik Taiping itu baru suku bahagian saja yg dikeluakan kerana masih bnyk lg tempat2 menarik lainnya. Sekiranya depankanta datang ke Taiping jangan lupa singgah Taman Tasik yang indah ini.
      TQ depankanta kerana sudi doakan agar cepat sembuh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s