Kenangan Semasa Bercuti.

Bertemu dengan dua rakan bloger.

Seperti yang dirancang semasa bercuti mahu bertemu dengan beberapa bloger yang disegani dan dihormati. Selama ini hanya blog mereka saja menjadi rujukan dan panduan untuk mendapat ilmu numis namun orangnya tidak dikenali malah bukan saja mereka berdua, tapi masih ramai lagi bloger lainnya yang masih belum dikenali.

Pertemuan pertama duacongkak adalah dengan saudara Nor Azri yang tinggal di Parit Buntar, Perak. Sungguh pun jarak diantara Taiping dengan Parit Buntar bukannya terlalu jauh, beberapa kali duacongkak balik ke kampong namun tidak berkesempatan untuk berjumpa dan pada kali ini 10/11/2011 jam 5.20 petang impian itu tercapai juga. Sebagai buktinya duacongkak hanya dapat mengambil gambar koleksinya yang menarik.

Inilah sebahagian koleksi coin card Nor Azri yang lengkap. Pada mulanya mahu mengambil gambar beliau sekali untuk disimpan sebagai kenangan, oleh kerana dia sendiri menolak dari mengambil gambar kerana masih berpakaian kerja, maka terpaksa akur dan berpuas hati dengan apa yang diperolehi. Keramahan dan layanan serta melihat segala koleksinya yang ditunjukkan sudah cukup membuatkan duacongkak terpegun. Ini kerana koleksi duacongkak masih jauh ketinggalan. Pertemuan ini memakan masa hampir dua jam lamanya tanpa disedari kerana pelbagai isu dibualkan sambil bertukar tukar pandangan.

11/11/11 Pendang Kedah.

Tarikh yang menjadi pilihan ramai untuk melakar sejarah kehidupan terutama bagi pasangan pasangan baru untuk berumah tangga, begitu juga pada sambutan kelahiran dan bermacam macam lagi kenangan yang mereka lakukan. Tidak ketinggalan juga secara kebetulan duacongkak dapat bertemu dengan saudara Din Rambong di Pendang Kedah.

Pertemuan kami di sebuah warung yang tidak berapa ramai pelanggan memberikan banyak ruang untuk berbual panjang. Diantaranya sempat juga duacongkak keluarkan album syiling untuk menjadi bahan bualan dan nampak jelas sekali saudara Din Rambong berminat dengan jenis jenis syiling Error tersebut. Memang menarik bila kita miliki syiling syiling error ini kerana masih mudah untuk mendapatkannya.

Semoga saudara kita ini tidak ketinggalan untuk dapatkan koleksi error sebegini yang selama ini tidak diambil perhatian oleh sesiapa atau pun mereka lebih mendiamkan saja dari pengetahuan umum. Sejak beberapa blog muncul tentang duit duit error dan juga beberapa kumpulan FB menggamatkan suasana sudah nampak perubahannya.

Apa pun hari itu membawa kenangan bagi kita berdua…Cikgu Din.

2 Comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s