5 sen 1982 Lagi.

Tak habis habis lagi…

Apo Nak di Kato. 1982 terus muncul dan muncul namun tidak juga muncul Extra Dot. Kali ini muncul apa pula untuk tatapan?

Kali ini duacongkak mahu tunjukkan sekeping syiling 5 sen 1982 yang terdapat Extra Metal dan bukannya Die Clash seperti yang diterbitkan sebelum ini. Extra Metal dalam bentuk Kayu Snooker. Dia buat dah…suka suka letak nama yang bukan bukan.

Lihat dulu bahagian depannya dimana keadaan duit syiling ini sudah tidak cantik lagi…

Muka belakang syiling 5 sen 1982, Lihat pada anak panah merah pada huruf ‘ M ‘

Die pecah dan menyebabkan terjadi lebihan metal yang menjadi koleksi kepada peminatnya. Tidak semua orang minat pada syiling syiling error kerana ramai yang memburu syiling syiling RARE yang sukar ditemui. Bagi duacongkak, mana yang singgah akan disimpan dan dimuat dalam blog sebagai panduan kepada kolektor lain yang minatnya sama. Panduan sekadar mencari atau memiliki saja kerana nilainya rendah dan masih mudah diperolehi setiap hari. Kecuali dalam jangka masa 10 tahun atau lebih, mungkin jenis jenis error begini sukar untuk dimiliki setelah perubahan jenis syiling yang digunakan waktu itu.

Panduan untuk mengenali jenis jenis error terpaksalah rujuk kepada blog blog yang ternama dipersekitaran, nama nama besar tersebut sudah popular dikalangan bloger. ada yang tulisannya dalam bahasa Inggeris, ( duacongkak angkat tangan la kalau bahasa inggeris ni…) dan ada juga yang ditulis dalam bahasa Malaysia. ( Yang ni duacongkak mudah faham tapi sebutan error tetap bahasa Inggeris yang bengap tidak boleh faham faham). Bab itu yang buat duacongkak kalah untuk mencantikkan lagi tulisan dalam blog ini.

Apa pun kita kongsi kongsi saja, bahan boleh dikeluarkan dan jenis error tanya pakar eak…!

Apa pun simpannnnn…dulu.

2 Comments

  1. Salam duacongkak,
    Kita memang ada masalah tentang bahasa numis ni,hingga sekarang belum ada beberapa istilah yg belum “diMalaysiakan”.Bagi istilah sebenar syiling error kita terpaksa gunakan B.I bagi menyeragamkan istilah ini untuk peringkat global,mana2 yg boleh diterjemahkan tidak salah kita terjemah tapi istilah asal B.I kena ada juga supaya semua kolektor syiling error seluruh dunia menggunakan istilah yg sama sebagaimana istilah dalam komputer…panjang pula yer..hehe
    Terima kasih banyak2 duacongkak,depankanta hanya sekadar memberi pendapat….

    • Salam depankanta;
      berbanyak terima kasih kerana beri teguran yang amat berguna. Kekadang sesuatu yang kita perolehi sudah pasti terasa sukanya dan apa lagi penemuan tersebut yang pertama ditemui. Kini peminat dan penggemar syiling error sepertinya sudah ramai dan mula mengatasi pengumpul2 banknote. Itu untungnya bila kita adakan blog dan ramai yg boleh membaca serta mencari sendiri kerana nilainya murah tp menarik.
      Apa pun sekali lagi diucapkan berbanyak terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s