Lagi Syiling Error

Die Crack Error (DCkE) n Die Chip Error (DCpE)

Gambar atas no komen, cuba lihat gambar dibawah pula.

Sekeping syiling 1 sen miliki dua jenis Error berlainan iaitu Die Crack Error dan satu lagi iaitu Die Chips Error. Bagi DCkE tuan tuan/puan puan boleh lihat pada bahagian huruf ‘N’ dimana satu bentuk metal yang timbul diarah jam 5.00 bawa kebahagian tengah hingga nombor ‘ 1 ‘. itu adalah Die Crack Error (DCkE).

Untuk DCpE pula cuba lihat anak panah kiri pada angka ‘ 0 ‘ dan juga terdapat sedikit DCpE pada huruf ‘ A ‘ untuk Malaysia. Rasanya tidak perlu cerita berlebih lebih sangat sebab semuanya hampir sama dengan apa yang duacongkak telah keluarkan sebelum ini. CUMA:

Satu keistimewaan syiling ini dipamirkan adalah tahun ianya dicetak. Banyak kejadian seperti ini ditemui pada syiling 2004 dan 2005 tapi amat sedikit atau amat jarang ditemui untuk tahun 2003. Sebagai mana yang kita tahu syiling 2003 amat special sekali bagi 10 sen dan diburu oleh ramai kolektor tapi, untuk syiling 1 sen 2003 yang terdapat Error/Ralat mungkinkah akan turut menjadi buruan pada penggemarnya. Kita lihat nanti. 

 Syiling 1 sen diatas baru ditemui penghujung tahun 2011, pada permukaannya terdapat satu garisan lurus melintang yang bukannya seperti kejadian Die Crack. Sebabnya, garisan tersebut bergaris lurus dengan kesan seperti calar dalam/garit. Tiada apa yang dapat diperjelaskan disini kerana tidak pasti jenis Error. Yang pasti satu garisan terjadi disebalik cetakan angka kerana garisan tersebut berada dibahagian bawah angka yang ada terutama nombor ‘ 1 ‘ untuk 1 sen.

Contoh DCkE, DCpE dan DChE untuk tahun 2005 yang mudah ditemui Errornya. Cuma 3 dalam 1 mungkin sukar juga kita temui daripada satu jenis Error atau yang dua jenis Error.

Apa pun simpannnnn…dulu.

6 Comments

  1. Salam duacongkak,
    depankanta tertarik dengan syiling 2005 yg bergaris melintang.Dua kemungkinan yg terjadi pada pada syiling ini,pertama ianya adalah RTR die crack yg bergaris lurus dan kedua ianya adalah clad layer error iaitu terjadi semasa proses cladding yg bertujuan menguatkan cantuman lapisan logam copper dan steel.Lapisan yg melalui mesin roller itu berkemungkinan telah terjadi sedikit ketidak sempurnaan semasa proses ini,..ini sekadar pendapat depankanta
    Terima kasih banyak2 duacongkak,syabas atas ketelitian mencari syiling error.

  2. Wow, banyak jenis variety syiling satu sen bersiri bunga raya yang duacongkak sudah perolehi.
    Nampaknya banyak die chip berlaku pada nombor yang memaparkan tahun syiling masing-masing.
    Jika kita perhatikan syiling satu sen bersiri parlimen pula, kita mendapati banyak die chip berlaku pada nombor satu yang memaparkan denominasi di bahagian reverse syiling masing-masing.
    Tahniah dan terima kasih banyak atas kesudian duacongkak berkongsi begitu banyak syiling die chip yang menarik🙂

    • hi whycollect
      nampaknya whycollect lebih teliti dengan syiling2 error, duacongkak tidak banyak koleksi parlimen tp, ada jg sekeping 2 yg mengalami kecacatan, Die Clash dan jg Die Chips Error. Diantaranya sudah pun diterbitkan. Malangnya untuk dapatkan yg cantik lebih sukar kerana siri parlimen belalu lebih lama.
      Apa pun terima kasih whycollect kerana sudi berkongsi idea

    • Selamat datang Mr Maaveran vicky,

      dari apa yang tuan perkatakan dapat dibayangkan ianya adalah rotate error…amat jarang ditemui jenis rotate tegak cuma nasib sahaja bagi mereka yang memperolehinya. sbb terjadi berkemungkinan sewaktu proses ianya ditempa keadaan syiling telah berganjak/berubah, pendapat duacongkak sj tp mungkin ada org lain yg lebih arif lagi seperti Mr Dickson/saudara depankanta.
      Tahniah atas penemuan itu… tq

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s