Die Chips 2004

Sebahagian dari yang ada dalam koleksi.

Apa yang hendak ditunjukkan dalam keluaran siri pertama 2012 untuk duit syiling 1 sen 2004 adalah dari kepelbagaian Die Chips yang terjadi ditempat yang sama pada tiga keping syiling berbeza.

Bahagian muka depan dengan bentuk Rebana Ubi.

Syiling untuk tahun 2004 yang memiliki Die Chips, berpandukan anak panah merah kita dapat lihat bahagian yang dikatakan Die Chips.

Anak panah pertama yang menunjukkan angka ‘ 2 ‘, Die Chipnya terjadi pada bahagian sesiku dengan lebihan metal yang amat jelas.

Yang kedua pula bagi angka ‘ 0 ‘, juga jelas kelihatan Die Chip yang terjadi dibahagian bawah angka tersebut.

 Anak panah ketiga pula pada bahagian ‘ 0 ‘ bersebelahan angka ‘ 4 ‘ dimana Die Chip berlaku dibahagian dalam angka ‘ 0 ‘.

 Dan anak panah keempat pula Die Chip terjadi pada lipatan kaki nombor ‘ 4 ‘.

Syiling kedua.

Bahagian yang ditunjukkan berpandu pada anak panah merah kelihatan sama tempat dengan syiling pertama. Kalau diperhatikan betul betul ternyata kedua duanya tidak sama bentuk Die Chips. Bagi syiling kedua ini Die Chips kelihatan lebih kembang dan menutupi angka ‘ 0 ‘ dan ‘4’

Syiling ketiga juga masalah Die Chips tapi hanya berlaku pada angka ‘ 2 ‘ dan ‘ 0 ‘. Tidak berlaku pada angka ‘ 0 ‘ dan juga angka ‘ 4 ‘ sebagai mana terjadi pada syiling pertama dan kedua.

 dari tiga siri Die Chips yang dikeluarkan ini sepertinya boleh dirumuskan sebagai jaluran dari mesin pencetak yang sama. Ianya terjadi berterusan dari permulaan yang kecil dan diikuti satu persatu hingga alat penempa tersebut semakin membesar pecahnya sebelum dibaiki. Oleh kerana syiling ini sudah terlalu banyak diproses tempa maka pihak QC mungkin abaikan dan terus diedar kepada pengguna. Nasib tidak baik terjumpa pula pada kolektor error makanya, syiling ini pun terus disimpan dan dipamirkan.

Apa pun simpannnnn…dulu 

6 Comments

  1. Salam dan tahniah duacongkak,
    Agak menghairankan bagaimana begitu banyak syiling 1 sen 2004 dan 2005 die chip error telah terlepas dalam edaran!
    Penerangan error oleh duacongkak nampaknya semakin mendekati cara2 pakar..haha
    Syiling 1 sen error begini memang patut disimpan banyak2 kerana ianya tidak lagi dikeluarkan.Suatu masa nanti jenerasi muda (pengumpul baru) akan tercari2 syiling2 bagini bagi melengkapkan koleksi mereka.
    Terima kasih banyak2 duacongkak…

    • salam kembali depankanta:
      sememangnya syiling 1sen 2004 banyak terjadi die chip yang jelas dan hampir sama pd tempatnya. Tidak kurang juga bagi syiling 2005 yg diperkatakan. Lagi bnyk kita temui errornya maka lagi mendapat perhatian para kolektor. Terima kasih bnyk2 BNM kerana sudi keluarkan duit syiling error pelbagai.
      Penerangan mudah rasanya belum boleh diiktiraf atau mendekati cara pakar. duacongkak masih perlu bnyk belajar lg.
      TQ depankanta yg bnyk beri panduan selama ini sebagai rujukan, almaklumlah, penguasaan bahasa amat lemah cuma depankanta penggunaan bahasa yg difahami.
      Apa pun rujukan dr otai2 seperti dickson, whycollect, MNFadz dan beberapa lg bloger tetap jadi panduan dan pembelajaran. TQ semua.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s