Die Chips Error 2005

Himpunan koleksi yang ada.

Selain dari syiling 2004 die chips error yang dikeluarkan, kini giliran bagi syiling 1 sen 2005 yang mengalami kecacatan (ralat) dipamirkan sebagai koleksi.

Seperti biasa yang kita kenali bagi duit syiling 1 sen siri 2 dengan corak muka depan adalah Rebana Ubi.

Berikut adalah bahagian pertama dimana kita dapat lihat bahagian Die Chips Error pada syiling 1 sen 2005 yang berlainan sedikit dengan syiling die chips error 2004. Syiling 2005 terjadi die chips pada angka ‘ 0 ‘ dikedua duanya. Lebih menarik lagi Die Chips Error dalam kedudukan berbeza, sebelah kiri yang kiri dan sebelah kanan yang kanan. Istilah mudah untuk difahami bagi jenis error ini ” Die Chips Error MERAJUK “. Sebab apa yang dikatakan merajuk adalah kerana diantara kedua dua die chips ini tidak sehaluan dan berpaling antara satu sama lain.

Seterusnya

Yang ini agak lebih menarik untuk disimpan kerana Die Chips Errornya terjadi dipelbagai tempat. Selain berlaku pada ‘ 0 ‘ untuk 2005 sebagai mana ditunjukkan dengan anak panah merah, terdapat juga Die Chip pada angka ‘ 1 ‘ iaitu dibahagian bawah angka tersebut. Seterusnya sedikit Die Chip pada angka ‘ 5 ‘. Teristimewa sekali Die Chip yang terdapat di huruf ‘ M ‘ untuk Malaysia yang lebih sukar untuk ditemui.

Selain Die Chips yang ditunjukkan, duacongkak tidak lupa hendak tunjukkan satu lagi jenis ERROR yang ada pada muka belakang syiling ini. Cuba perhatikan sisi RIM yang bermula dari jam 10.00 hingga jam 5.00 dimana kelihatan seperti rekahan atau berlapis. Lebih ketara pada kedudukan jam 11.00 hingga jam 2.30 dimana rekahan lebih besar dan amat jelas sekali. Bagi sudut lainnya seperti biasa tanpa kecacatan.

Syiling ke tiga Die Chips Error MERAJUK

Syiling ini kelihatan sama errornya dengan yang pertama tapi bukan dari syiling yang satu.

Syiling ke empat.

Syiling ini mempunyai TIGA jenis error dalam satu. Die Chips terjadi pada kedua dua angka ‘ 0 ‘ seperti diatas. Error kedua pula jelas kelihatan Die Crack yang bermula dari angka ‘ 1 ‘ dan pecah kebawah hingga huruf ‘ E ‘ dan berakhir pada rim jam 6.00. Error yang ketiga pula adalah bayangan arca ( Die clash error) yang sedikit samar samar dapat dilihat jika diamati depan mata.

Berikut adalah syiling error yang amat berlebihan terjadinya. Sebelum ini pernah duacongkak pamirkan jenis error begini tapi syiling ini adalah yang kedua ditemui dan berada dalam simpanan. Boleh lihat semula keluaran yang lepas dan cuba bandingkan diantara kedua dua syiling ini adalah berbeza bentuknya.

Dikeluarkan juga semata mata hendak tunjukkan atau mahu disatukan setiap syiling Die Chips Error dalam satu keluaran, mudah dibuat perbandingan.

Apa pun simpannnnn…dulu.

2 Comments

  1. Salam duacongkak,
    Syiling 1 sen 2005 yg terakhir dipamirkan itu sangat menarik,3 in 1 errors.Die crack pada jam 12.00 banyak terjadi pada 1 sen 2006 dan ada juga dijumpai pada 2007.
    Die chip 2005 pula sangat banyak dijumpai seolah ianya satu variti.lebih menarik jika dijumpai dan disusun siri progressive die ,apapun syiling2 ini semua ada premiumnya dan akan menjadi buruan suatu hari nanti….
    Tahniah dan terima kasih banyak2 duacongkak…

    • Salam kembali depankanta,
      Syiling 1 sen 2005 3 in 1 tu adalah yang kedua, sebelum ini sudah dikeluarkan dlm blog saat2 penghujung tahun 2011. Hampir sama errornya cuma gred sj berbeza. Yg dipamirkan diatas ini agak baik sikit dr yg sebelumnya.

      Apa pun terima kasih depankanta…moga tidak membosankan dengan blog duacongkak ini…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s