2000 > 2012

Tahun Naga.

Selamat menyambut Tahun Baru 2012.

 Sempena menyambut tahun baru 2012 ini duacongkak memulakan dengan koleksi seterusnya sebagai pembuka tirai. Selama ini hanya koleksi duit duit syiling error dikeluarkan dan kenapa di hari pertama tahun baru dikeluarkan pula koleksi setem?

Bukan niat untuk mengubah selera tapi, tujuan sebenar dikeluarkan koleksi setem ini adalah disebabkan oleh sambutan untuk rakan rakan yang berbangsa Cina. Pada tahun 2012 adalah pusingan kalender dimana sudah tiba giliran Tahun Naga. Dimana mana pusat beli belah kita dapat lihat pelbagai iklan yang ditunjukkan dari pelbagai jenama barangan dengan setiap iklan adalah gambar naga.

Walau pun sambutan Tahun Baru Cina belum tiba tapi iklan sudah keluar terlebih awal. Oleh itu duacongkak pun ingin keluarkan juga koleksi lama sebagai memperingati ulang tahun sambutan Tahun Baru Cina 2000. Ketika sambutan ini diraikan, duacongkak masih di Kota Tinggi dan juga adalah tahun terakhir bagi duacongkak di Kota Tinggi sebelum berpindah ke Daerah Pontian hingga kini. Ura Ura tahun ini akan berpindah ke Johor Bharu. Secara kebetulan bila tahun naga duacongkak bepindah randah, pelik juga.

Semua itu tidak dihiraukan kerana segalanya secara kebetulan. Mudah mudahan apa yang terjadi membawa keberkatan dunia dan akhirat. Hanya Allah yang tahu segala galanya kerana Dia Pengatur segala. Amin.

Kita lihat dulu lembaran mini pertama dengan Perahu Naga. Nilai muka setem ini adalah RM1 dan dibawah bahagian kiri tertera Tahun dikeluarkan iaitu 2000 Year Of The Dragon. Dan bahagian atas ditulis SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA ( HAPPY CHINESE NEW YEAR )

Lembaran mini ke dua pula dengan tema Tarian Naga. Dimana ini adalah tarian tradisional bagi kaum Cina seluruhnya terutama sekali bagi Warganegara Malaysia. Kebudayaan yang menjadikan Malaysia begitu unik sekali apabila pelbagai warisan kebudayaan yang ada di negara kita dan semuanya berbeza beza diiktiraf. I LOVE MALAYSIA

Gambar ketiga ini pula adalah lembaran setem dengan nilai 30 sen setiap satu. Terdapat 50 keping setem kesemuanya dalam satu lembar dengan 10 gambaran yang berbeza. Lima darinya adalah barangan antik yang ada kaitan dengan ukiran naga mengikut kepercayaan orang orang Cina. Kepercayaan ini bukan hanya orang orang Cina sahaja malah turut berkongsi adalah dari bangsa lain seperti Jepun, Korea, Thai dan Vietnam. Lima lagi gambaran yang dapat kita  lihat adalah jenis jenis ikan Arowana.

 

Gambar keempat dan kelima adalah setem dalam bentuk lembar sebanyak 20 keping setiap satu. Pada lembar ini selain setem kita dapat juga membaca isi kandungan yang ada dibawahnya mengenai Naga dan ikan Arowana.

Hanya Sampul Surat Hari Pertama SSHP serta Pek Cenderahati tidak dimuatkan dalam blog ini untuk tatapan semua.

Selamat Tahun Baru 2012 dan Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka yang berbangsa Cina.

Jumpa lagi dilain koleksi… 

2 Comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s