Kepalsuan

Siapa yang untung?

Satu persoalan yang mungkin semua orang dapat jawab dengan fikiran yang waras. Sesuatu kepalsuan yang dibuat itu sudah semestinya yang beruntung adalah si pembuatnya. Oleh kerana itu ramailah yang gemar hidup dalam KEPALSUAN ini malah sanggup melanggar segala larangan yang telah ditetapkan. Untuk apa semua kepalsuan sekiranya mendatangkan mudarat diakhir kehidupan kita.

Begitu juga dengan melakukan sesuatu barangan yang tulin lalu diciplak menjadi palsu, apakah dengan cara itu boleh memberi manfaat pada diri kita terutama sebagai seorang yang dikatakan penganut Ugama Islam? Semua ini dilakukan semata mata mahu mengaut keuntungan di dunia dengan cara menipu semua orang. Yang ruginya adalah Negara sendiri yang terpaksa menanggung segala kosnya.

Pelbagai barangan diciplak asalkan boleh mendatangkan hasil dan keuntungan mudah. Baik dari sekecil kecil barang hinggalah yang besar besar dan tinggi nilainya. Kita lihat saja disekeliling kita dimana mana saja dapat lihat pelbagai barangan palsu dijual secara bebas walau pun pelbagai tindakan telah diambil. Malah lebih popular dari barangan asli. Ini kerana barangan barangan ciplak ini atau lebih mudah difahami iaitu barangan tiruan harganya lebih murah dan mampu di miliki.

Tidak terkecuali juga DUIT MALAYSIA yang menjadi matawang bagi penggunaan seluruh rakyat turut menjadi mangsa ciplak dan ditiru sebaik mungkin. Hingga ada diantaranya tidak dapat dikenali samada palsu atau pun yang asli. Hanya yang perihatin saja yang dapat mengukur ketulinannya, tapi apa faedahnya kita mencari kepalsuan itu sedangkan kita terima dari pasaran dan bukannya kita buat sendiri. Yang penting walau pun duit palsu tapi masih tetap laku dan boleh diguna pakai seharian. Itulah sikap kita.

Duit syiling kita dengan nilai hanya 50 sen turut menjadi mangsa kepalsuan ini. Terdapat beberapa siri duit syiling yang dapat duacongkak kesan dan dijadikan koleksi tapi bukan untuk keuntungan peribadi. Koleksi ini belum lengkap sepenuhnya kerana masih terdapat siri lain yang belum singgah ditangan.

Siri duit syiling palsu 1998 pertama ditemui. Bagai mana hendak mengenalinya?

Ciri cirinya banyak jika hendak dihuraikan disini, samada cara timbangan, pembuatan/tempaan, kualiti bahan tapi yang paling mudah dikesan adalah ianya bertindak pada magnet. Bagi syiling 1998 diatas ini tindakan terhadap magnet terlalu sedikit dan hampir tidak aktif melainkan magnet betul betul dekat dengan muka syiling.

 

Siri kedua 1998 Palsu.

Syiling ini dapat dikesan karatnya dan kedudukan wau pula seperti Rotated Die kerana menyerong kekanan. Terdapat kesan torehan yang dilakukan oleh individu sebelum tiba ditangan duacongkak. Kemungkinan individu tersebut dapat rasai duit syiling ini adalah palsu maka dia buat torehan. Tapi duacongkak dapat kesaan lebih awal kepalsuan sebelum diuji pada magnet. Bukan nak tunjuk pandai tapi setelah beribu keping syiling dibelek sudah pasti kita dapat lihat perbezaannya.

Syiling ini sederhana aktif dengan magnet, tanpa perlu jarak yang dekat pun dia sudah bertindak. Namun begitu syiling ini tidak boleh terus melekat pada magnet, hanya boleh menggerakkan magnet yang ada pada duacongkak saja.

Siri syiling palsu untuk tahun 2000 Malaysia. 

Syiling palsu ini paling mudah dikesan dan dikenali kerana sinaran permukaan amat berbeza dengan syiling 50 sen tulin. Juga dalam keadaan Rotated Die dengan wau menyerong ke kanan. Lebih aktif pada magnet sebagai mana bahan logam besi. Melekat kuat pada magnet sehingga boleh mengangkat bahan lain dengan kadar berat yang lebih dari kadar berat syiling ini.

Contohnya…magnet diatas, syiling ditengah dan bahan logam lain di bawah seperti yang pernah dikeluarkan dalam blog ini sebelumnya.

Syiling tahun 2000 yang hampir 100 peratus tulin/asli.

Apa perbezaannya. Perbezaan pertama dikesan pada bentuk cetakan bunga raya, keduanya Ratated Die dimana kedudukan wau menegak tanpa menyerong. Seterusnya magnet yang sederhana aktif. Boleh melekat tapi tidak boleh diangkat. Kuat sedikit dari siri 1998.

Syiling palsu keluaran 2004 (tulin). 

Sebab apa duacongkak taip tulin disini…sebabnya adalah AU + UNC. Hampir tidak bertindak langsung pada magnet kerana terlalu sedikit tarikannya. Perbezaan nyata disini adalah pada bahagian tangkai filemen bunga raya yang coraknya lebih kasar dari yang asli. Permukaan dipenuhi dengan gelembung angin (bubble) terjadi sewaktu ditempa. Boleh dikira sebagai coin error tapi palsu.

Syiling palsu keluaran 2004 dengan ciri cirinya hampir sama dengan yang diatas. Beza pada kilauan juga rimnya.

Syiling tahun 2005. Ciri cirinya hampir sama dengan siri 2000, cetakan berulang atau acuan yang sama cuma pertukaran tahun. Bertindak sederhana terhadap magnet. Kedudukan wau tegak jam 12.

Cetakan 2005 kedua. Mudah dikenali kepalsuannya dengan hanya perhatikan pada permukaan syiling. Keadaannya licin dan bersinar cerah, kedudukan wau menyerong kekanan serta kekuatan magnet sudah diuji kehebatannya.

Syiling palsu 2007 berkilau cantik cuma permukaannya kurang licin dan dikesan dengan kesederhanaan tindakan pada magnet. Tidak berdaya menarik magnet.

Setakat ini yang dapat dimuatkan syiling syiling palsu dalam simpanan duacongkak. Adalah menjadi kesalahan mana mana orang memiliki wang palsu dengan niat hendak menipu tapi bagi duacongkak, walau pun tahu adalah satu kesalahan menyimpan wang palsu, tapi bukan tujuan untuk menggunakannya malah dicari lagi setiap koleksi untuk dibuat perbandingan dengan syiling yang tulin. Ini kerana sebagai kolektor rasanya perlu ada duit syiling jenis ini semata mata untuk rujukan dan bukan edaran.

Apa apa pun simpannnnn…dulu.

6 Comments

  1. Salam duacongkak,
    Wahh,boleh tahan juga koleksi syiling palsu duacongkak,Syiling palsu ini mungkin suatu hari nanti akan ada harganya tersendiri kerana buatannya yg unik iaitu teknologi pembuatannya hampir sama dgn syiling tulin,hanya logamnya saja yg berbeza.
    Depankanta berpendapat rotated die tidak tepat dijadikan sebagai ciri2 syiling palsu kerana fenomena ini juga banyak berlaku pada syiling tulin (contohnya 50 sen 2011).
    Pengeluaran syiling palsu yg pada peringkat akhir,didapati beratnya hampir sama dgn yg tulin dan tidak lagi menggunakan logam yg magnetik..Variti yg dikeluarkan juga lebih kepada “mengikut selera mereka”..contohnya depankanta jumpa untuk tahun 2005 tiga variti syiling palsu dibuat.
    Banyak info baru diperolehi bila melihat koleksi duacongkak ini.
    Terima kasih banyak2 duacongkak,n3 yg bagus untuk peringatan bersama…

    • Salam kembali depankanta.
      apa yg dikatakan memang benar, ada diantara syiling palsu terkini amat sukar dikesan. Mungkin atas sbb inilah BNM membuat pertukaran bentuk untuk masa akan dtg. Terlalu bnyk coin palsu ditemui…Ini yg kita jumpa, bg BNM sendiri entah berapa bnyk yg telah mereka jumpa.
      TQ depankanta kerana sudi berkongsi.

  2. as-salam..sy mempunyai duit syiling 50 sen tahun 2004 dan kedudukan wau menjunam..bukan menjunam kebawah..menjunam dari sudut pukul 2 mengarah ke pukul 7..sy da banyak tengok koleksi 50 sen wau..yg ini satu2nya yg unik sy miliki..adakah itu error atau fake? tengok dari sudut quality sama macam syiling yg original..cuma tidak dapat dipastikan..sudah guna magnet..memang tiada apa2 tarikan..

    • w/salam zul.
      dari penerangan tuan itu tidak lain tidak bukan syiling tersebut adalah Rotate Coin Error, yg pasti syiling itu adalah tulin tp lebih mudah sekiranya dpt lihat bentuk dgn gambarnya sekali sbb, diantara syiling palsu yg ada dlm edaran termasuk tahun 2004. syiling rotate tdk semestinya palsu.
      TQ zul

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s