” ALAMAK….!!! PALSU ? “

Note RM 100 ” PALSU “

Pernahkah anda perolehi atau melihat, memiliki, menyimpan, memegang, menukar, berbelanja atau mendengar dari mulut ke mulut berkaitan duit ” PALSU “…??

Sudah tentu semua orang sudah tahu berkaitan dengan note palsu. Ini kerana sering saja media cetak atau pun media elektronik menyiarkan cerita ceritanya. Tapi mungkin diantara anda tidak pernah dapat atau memiliki dan menyimpannya. Kalau mahu lihat dengan mata sendiri, pergilah ke kaunter petrol pam…banyak contoh.

PERINGATAN…: 

Janganlah anda sesekali memperdayakan orang lain dengan menggunakan duit palsu. Lebih lebih lagi sekiranya anda sudah mengetahui dan dengan sengaja menggunakan duit palsu ini dengan niat menipu.

Perbuatan kita bukan saja merugikan negara…malah, kita telah melakukan satu kesalahan yang besar terhadap sesama manusia. Bermula dari tangan kita dan beredar dari tangan ketangan hingga setiap tangan ketangan itu pula akan menyumpah seranah kepada orang yang mengedar dan memperdaya orang ramai. Siapakah yang akan mendapat sumpah seranah yang terkeluar dari mulut tangan ke tangan itu..?? Sudah pasti kitalah orangnya yang terawal dan akan menerima segala sumpah seranah tersebut seterusnya menanggung segala dosa dosanya.

Cuba bayangkan duit palsu edaran kita berakhir ditangan seorang FAKIR, IBU TUNGGAL YANG MEMBESARKAN ANAK YANG MASIH KECIL, ANAK ANAK YATIM PIATU, ORANG ORANG SUSAH, ORANG TUA YANG MENYARA CUCU CiCiT. (maaf sekiranya contoh ini menyinggung hati dan perasaan mereka yang berkaitan). Anak kecil kehabisan susu atau rumah kehabisan beras dan Hamba Allah ini berbelanja kerana tidak tahu duit digunakan adalah palsu. Oleh kerana kepekaan tuan kedai dapat mengesan dan terus maklum kepada pihak berkuasa lalu tertangkap. ADUSSSS….!!. Tak dapat bayangkan, Nauzubillah…Ya Allah, jauhkanlah aku dan seisi keluargaku dari perkara yang sedemikian…AMIN…!!

” Doa paling mustajab dan diterima oleh Allah SWT adalah dari golongan orang orang susah, fakir miskin, orang yang dizalimi selain dari orang orang yang beriman…”

” Doa orang mukmin seramai 40 orang atau lebih cukup afdal…” Cuba anda bayangkan sekiranya 40 orang atau lebih orang orang susah, fakir miskin, anak anak yatim piatu, orang yang dizalimi… menyumpah laknat…???

Duacongkak sengaja jelaskan disini kerana mahu tunjukkan apa yang ada dalam simpanan setelah isteri terpedaya oleh seseorang yang berbelanja sewaktu berniaga di pasar malam. Tiba saja dirumah, bukan hasil jualan yang dikejar tapi duit dulu dicapai dan diperiksa satu persatu. Walaupun dalam suasana samar tapi Duacongkak dapat kesan duit tersebut adalah palsu. Segera ditunjukkan kepada isteri dan terangkan kepadanya hingga dia faham. Maka terkeluarlah sumpah celaka dari mulutnya tanpa diduga. Untuk mengelak dari duit itu terus beredar…Duacongkak terus ambil dan simpan saja biarpun terasa rugi besar kerana, menurut isteri…seorang pemuda belanja dengan nilai barang hanyalah RM 5. Dipulangkan pula RM 95.

Walau bagaimana pun Duacongkak terima juga seadanya kerana mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Setiap rezeki ditentukan oleh Allah Taala dan kita hanya berusaha. Untung rugi adat berniaga  

 
palsu
 

palsu

 Imej diatas adalah duit yang dimaksudkan dan adalah palsu. Sekali imbas melihatnya seperti duit sebenar, apa lagi bila diperolehi di pasar malam yang keadaan cahaya samar samar. Ketelitian bagaimana sekali pun, jika terima sewaktu kita sedang sibuk melayani orang/pelanggan lain untuk membeli barangan…sudah pasti tidak sempat untuk meneliti. ( waktu yang sering digunakan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab ). Ujian dibuat pada rakan blog yang bertandang kerumah Duacongkak baru baru ini…08/06/2010 (Sorry sebab jadi contoh pulak).

Beliau sudah pegang dan melihat tapi tidak perasankan duit ini adalah palsu sehingga dijelaskan satu persatu…

1). Bahagian benang keselamatan (kertas timah) tiada ciri ciri BNM.

2) Keadaan warna duit ini juga agak gelap dari yang asal/asli.

3) Ukuran lebar duit lebih kecil dari yang asli, panjangnya sama.

4) Kualiti kertas terasa licin seperti kertas A4

5) Tiada sebarang biasan cahaya bila dilihat bawah cahaya sinar ungu dan

banyak lagi ciri ciri lain yang mudah dikesan kepalsuannya.

Awasi diri anda dari terkena…terutama note RM50 yang hampir 95% ORI…tiada contoh disini kerana tidak sedar bila masanya berlalu pergi. Harap maaf kepada mereka yang menerimanya.

Akan datang Duacongkak keluarkan lagi NOTE Error dan Rare ORI bukannya palsu atau pindaan.  

 

4 Comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s