RM 50 special error

Mari lihat error note RM50

Kepada sesiapa yang pernah lihat atau ada menyimpan keluaran yang hendak disisipkan ini, duacongkak berharap, dapatlah sekiranya kita kongsi bersama untuk rakan rakan yang lain.

Note RM 50 ini diperolehi semasa pengeluaran duit dari dinding Maybank Pontian. Sudah pasti duitnya tulin dan asli, bukannya palsu. Duit ini juga bukan datang dari RAJA BUNIAN, MISTIK, SEDUT DUIT atau PEMUJAAN.

(Di Pontian ada nama Kampung Sri Bunian)

pic 1/3

Rupa bentuk duit siri ke 11 BNM dengan siri nombor prefix RZ 7 0 4 8 3 0 4. Bahagian ini tiada errornya dan mari kita lihat dibahagian hadapan pula.

pic2/3

 Lihat bahagian muka depan, sekiranya kita tidak teliti dengan betul, ternyata tiada apa apa yang istimewa duit ini. Sama saja dengan siri duit yang lainnya. Jika dibuat belanja, sudah tentu duit ini kekal dengan nilai RM 50 sebab, Bank Negara Malaysia sudah tetapkan nilainya dan taukey taukey juga tahu note ini RM 50. Tanya budak budak sekolah tadika pun mungkin mereka tahu nilai duit ini RM 50. Tapi…

Cuba lihat pic 3/3 ini pula.

pic 3/3

 Lihat pada tanda nilai RM 50 dibahagian tengah, bolehkah anda perasan kecacatan pada duit ini. Perhatikan pada huruf ” O “, apa yang terjadi dan cuba bandingkan dengan duit RM 50 yang lainnya. Adakah sama…? tapi

Dimanakah selalu kita boleh dapat lihat tulisan ‘ O ” putus ditengah seperti ini..?

Duacongkak nilaikan duit ini sebagai ‘ cacat ‘ kerana tidak pernah lihat sebelumnya. Bagaimana pula dengan kolektor lain..apakah bersetuju dengan apa yang duacongkak katakan. Kalau boleh berikan nama sebenar kecacatan ini…

Simpan dulu…!!

 TQDC

 

 

4 Comments

  1. salam..sy ade duit cacat rm1 dimana cacatnya di bahagian cetakan..kalau bahagian depan yg ade gamba raja tu,setiap tepi duit ade lebihan kertas..di bahagian tulisan “bank negara malaysia lebih manakala bahagian tulisan “satu ringgit ngam2, xde lebihan” ..apakah ini kebiasaan atau jarang2 jumpe? duit betul lepas tgk gamba dlm dan ukur dgn seringgit lain , sama…respon di msj fb sy, umar al-hashimy

    terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s