Keluarga 69

Duk tak duduk duacongkak teringat pula cerita filem Allahyarham P.Ramlee. Sebelum tu sama sama lah kita sedekahkan Al Fatihah kepada roh beliau… Al Fatihah..Amin
Sebut tentang filem2 arahan dan lakunan beliau rasanya semua orang tidak jemu jemu menonton. Seorang Seniman yang berjaya menyatukan seluruh warga yang ada dalam Negara Malaysia tercinta ini. Tidak kira bangsa, adat budaya, kecil besar tua muda…malah beliau juga berjaya menarik minat bangsa asing yang tinggal di negara ini. Hinggakan mana mana pekerja asing yang tinggal di Malaysia sudah banyak yang kenal dengan Allahyarham P.Ramlee. Ajaib kan…Itulah Seniman Agung P.Ramlee. Hingga kini belum ada lagi pengganti dirinya.
Pasti semua pembaca yang melayari blog duacongkak kali ini hairan kenapa kesah P.Ramlee boleh muncul tiba2. Duacongkak sendiri pun hairan juga kenapa idea tu boleh muncul…Bukan ada apa pun, cuma….Duacongkak mahu abadikan duit kertas Malaysia yang cukup menarik dengan siri nombornya. Kalau nak dikirakan, susah juga untuk mendapatkan siri nombor yang menarik. Walau bagaimana pun ada diantara mereka yang memiliki siri nombor lebih menarik dan sukar diperolehi. Terutama sekali bagi mereka yang gemar dengan satu nombor dalam 7 digit. Setakat ini duacongkak masih belum miliki lagi, tapi selalu lihat koleksi 8888888….geram pun ada…                  Hmm Geram.
(Black Dog Bone)
Duacongkak tak mahu cerita panjang panjang lagi dan lihatlah sendiri note RM 10 dan RM 1 seperti dalam gambar. Disebabkan nombor itulah duacongkak menamakannya sebagai
KELUARGA 69 sempena tajuk cerita.
Note RM 10 dengan s/no: HS 9600069 dan


 

Note RM 1 dengan s/no: TG 9626269
Kedua dua duit kertas ini bermula dengan 96 dan berakhir dengan 69 maka jadilah dia KELUARGA 69…HEHEHE…
Orang lain kata duit RADAR, betul juga…Sebab pergi dan balik tunggang langgang bacaan tetap sama. Duacongkak bagi nama ni sebab suka suka je….JANGAN MARE HAA…

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s