SETEM TAIPING

Jumpa duit pelek RM50 di Taiping, macam mahu buat cerita je…Lepas tu keluarkan pula Setem Taiping. Sebenarnya duacongkak berasal dari Taiping tempat lahir dan membesar serta bersekolah. Jadi tidak salah untuk memperkenalkan tempat asal duacongkak. Mungkin ada diantara tetamu duacongkak dalam blog ini pernah melawat Taiping, salah satu bandar tertua di Malaysia yang penuh dengan sejarah serta khazanah alam. Juga banyak benda yang pertama diperkenalkan di Negara kita bermula di Taiping. Rasanya tidak perlu duacongkak ceritakan kerana tentu ramai  sedia maklum…kan…kan. Yang penting sekali duacongkak mahu perkenalkan setem Taiping yang pernah Pos Malaysia keluarkan sebagai kenangan.

SETEM TAIPING

Setem diatas adalah keluaran khas sempena menyambut ulang tahun yang ke 125. Ianya dikeluarkan dengan 4 bentuk setem dengan nilai 20sen,30sen,50sen dan RM1. Setem diatas juga telah dimatikan dengan cop khas keluaran hari pertama 01/09/99. Setem dibawah pula adalah keluaran yang sama tapi dalam bentuk blog dua dengan bahagian tepi bergambar…setem ini boleh dikatakan RARE.

SETEM TAIPING

Dibawah ini pula adalah FDC yang di cop oleh BIRO FILATELI KL dimana waktu itu duacongkak masih lagi menjadi ahli SODA, sejak Tahun 2001 duacongkak tidak lagi menjadi ahli SODA disebabkan sering bertukar alamat. Maka banyaklah keluaran yang terlepas begitu saja.

FDC

FDC lembaran mini

Sampul pek cenderamata

 Gambar yang tertera di sampul pek cenderamata ini adalah pemandangan pokok pokok besar yang terdapat di Taman Tasik Taiping. Pokok pokok ini dijaga baik hingga kini dan anggaran usia pokok tersebut melebihi 100/200 Tahun. Pokok pokok ini juga sebagai penyeri dan menghidupkan lagi suasana Tasik yang menggamit ramai pengunjung. Selain dari itu , di Taman Tasik Taiping ini juga terdapat sebuah Zoo yang pertama di Malaysia dan masih beroperasi siang dan malam. Sesiapa saja yang sampai di Daerah Larut Matang atau daerah sekitar yang terdekat tentu rugi kerana Taiping yang pernah terkenal dengan bijih timah suatu ketika dulu penuh dengan sejarahnya. Lebih lebih lagi kalau tidak melawat Taman Tasik Taiping yang cukup indah dan damai. SELAMAT DATANG KE BANDAR TAIPING…

   PEK CENDERAMATA

 Semua set koleksi setem Taiping ini khusus buat tatapan semua. TQDC

 

2 Comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s