Duit Sukom 98

Akhirnya berhasil juga untuk mendapatkan koleksi SUKOM yang diidam idamkan.

Pada penghujung bulan Ogos, beberapa hari sebelum menyambut Syawal/Hari Merdeka, duacongkak berhasil juga mendapatkan Note RM 50 yang dikeluarkan khusus untuk SUKOM 98.

 

Bahagian depan dengan memaparkan stadium stadium yang akan digunakan semasa temasya SUKOM.

Bahagian belakang yang memaparkan kemajuan Negara yang menuju ke Negara Maju 2020. Pelbagai pembangunan dihasilkan dengan berdiri megahnya bangunan bangunan yang menjadi mercu tanda Bandaraya Kuala Lumpur.

 

Bahagian dalam yang terdapat pada sampul bergambar…malangnya tiada sebarang gambar atau potret melainkan LOGO SUKOM 98 menghiasinya.

Apakah isi kandungan…?

Sekeping Note Polymer yang cantik dan menarik terselit didalamnya.

RM 50 Polymer SUKOM 98 Printer NPA Australia,

Note ini diedarkan mencecah 500,000 keping sebagai kenangan sempena Sukan Komenwel 98 yang julung julung kali dianjurkan oleh Negara Malaysia dan ditanda tangani oleh Gabenor Tan Sri Dato’ Ahmad bin Mohd Don. Penganjuran SUKOM menjadi kebanggaan kerana Sukan Komenwel adalah acara sukan yang kedua terbesar selepas Sukan Olimpik. SUKOM juga berhasil mengumpul hampir kesemua negara negara bawah jajahan British yang ada suaka politik dalam satu temasha tanpa sebarang masalah.

Tahniah Malaysia.

Majulah Sukan Untuk Negara.

Apa pun simpannnnn…dulu.

2 Comments

  1. Syabas duacongkak,
    Note yg menarik sekali,tentu duacongkak berbelanja agak lebih untuk dapatkan note yg cantik ini..hehe
    Note SUKOM ini jarang dipamirkan oleh blogger2 numis mungkin kerana kesukaran untuk mendapatkannya

    Terima kasih banyak2 duacongkak

    • TQ depankanta…
      Sebenarnya Note SUKOM masih mudah diperolehi dan murah kerana ianya bnyk, cuma duacongkak
      baru saja perolehinya. Kalau nak banding dgn Note RM50 Merdeka Gold Line…lagi mahal.
      Note SUKOM nie dpt dgn harga RM100/=, harga pasaran paling murah dlm RM120 dan keatas,
      sbb tu berani sambar. Duit SUKOM ini jg bukti duacongkak masih baru dlm numis sbb, kalau dah lama
      tentu sekali sudah ada dlm simpanan sebelum ni…
      Apa pun TQ depankanta…hobi yg menyeronokkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s