SUKOM 98

 BismillahirRahmanirRahim…

Ujian gambar scan

Sekian lama terpendam dan menyepi, kini blog duacongkak cuba untuk aktif kembali, sebagai permulaannya diterbitkan koleksi yang tidak seberapa bernilai untuk tatapan dalam ujian scanner dan fotoscape. Oleh kerana sudah lama tidak melakukan teknik fotoscape, hampir lupa jadinya. Apa pun cuba juga perlahan lahan dan hasil ujian tangan ini maka diterbitkan dulu koleksi dari SUKOM yang sebelum ini tersimpan dan belum pernah dikeluarkan dari albumnya.

Koleksi yang hendak dipamirkan ini mungkin ramai yang menyimpan secara lengkap keluarannya, dan mungkin juga ramai yang tidak perasan akan keluarannya. Malah kemungkinan ramai yang tidak tahu atau mungkin duacongkak sendiri yang perasan lebih. Ini kerana apa yang orang tahu keluaran bagi SUKOM dan gemar menyimpan jadikan koleksi hanyalah duit RM 50 dan juga SETEM yang diterbitkan iaitu dari Pra Sukom tahun ke tahun hingga ke hari pesta atau hari pelancarannya.

Apa yang dipamirkan ini mungkin bukan satu koleksi yang berharga…agaknya…

Mari lihat sama sama.

 

Apakah ini?

Sebenarnya ini adalah sekeping tiket yang digunakan khas untuk kita melawat puncak Menara KL. Sebagai memperingati Sukan yang berprestige dan julung julung kali diadakan di Negara kita Malaysia, juga sebagai promosi sebuah Menara yang menjulang tinggi dan menjadi kemegahan Negara, pihak pengurusan Menara KL menerbitkan tiket khas SUKOM 98. Kepada mereka yang berkunjung di Menara tersebut sudah tentu masih ada menyimpan tiket ini dan mungkin ada yang simpan secara set yang penuh. Malangnya duacongkak hanya dapat tiga keping dari siri yang ada. Tidak pasti berapa kesemuanya.

 

Bahagian muka dengan gambar permainan hoki juga maskotnya. Tertera juga tarikh dan masa sebagai bukti tiket ini telah digunakan sewaktu hendak memasuki kedalam lift untuk sampai ke Kemuncak Menara.

Gambar seterusnya.

 

Berikut adalah bagi kejohanan Badminton yang turut di adakan dalam sukan tersebut.

 

Ini pula adalah tiket dengan tema acara renang.

Terdapat tiga tiket tema bagi acara acara yang diadakan dalam Sukan Komenwel 98 ini iaitu bagi acara berpasukan di padang, seterusnya acara pasukan dalam dewan dan acara dikolam renang. Dalam jangkaan duacongkak, mungkin bukan tiga tema ini saja yang ada atau dikeluarkan, sudah pasti banyak lagi acara lain yang ditonjolkan pada tiket lawatan Menara KL ini, sebagai contoh untuk acara balapan, berbasikal, angkat berat dan bermacam macam lagi. Apa boleh buat, duacongkak hanya dapat simpan tiga siri ini dari lima tiket yang ada dan dapat juga dimuatkan dalam blog ini untuk tatapan semua.

Terima kasih kerana masih setia dan sudi melawat blog ku ini.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s