British Malaya

Duit British Malaya

Ada pelbagai bentuk  dan warna bagi setiap duit British Malaya yang dikeluarkan oleh penjajah di Negara kita. Bagi kita yang lahir selepas merdeka kebanyakannya tidak pernah merasai perjuangan atau pun menggunakan mata wang mereka. Tapi duacongkak, sempat juga guna untuk berbelanja terutama keluaran tahun 60an. Tapi hanya duit syiling QE II saja yang merasa termasuk duit kapal layar. Bagi duit kerbau cuma sekadar dapat melihat sebab waktu tersebut nilainya terlalu tinggi bagi seorang kanak kanak.

Sungguh pun begitu, duacongkak tidak menyimpan walau sekeping pun duit kapal layar yang disuatu ketika dulu pernah guna dan buat belanja. Tapi, duit syiling QE II ada juga menyimpannya sekeping dua sebagai kenangan.

Apa yang duacongkak hendak tunjukkan ini bukanlah duit duit yang dimaksudkan seperti diatas. Tapi hanya sekadar berkongsi saja. Sebenarnya duacongkak mahu pamirkan duit kertas milik orang tua ( ayah ) yang diturunkan kepada anaknya iaitu adik kepada duacongkak. Selepas itu adik menyerahkan pula kepada duacongkak untuk disimpan kerana dia tahu abangnya membuat koleksi secara serius.

Diantara duit kenangan dari Orang Tua Tercinta…termasuklah duit Jepun yang telah pun dikeluarkan sebelum ini. Kecuali duit Jepun One Hundred bertemakan ” getah “. Itu milik duacongkak.

  

Ini adalah duit King George VI keluaran 1941 dan ditanda tangani oleh H. Weisberg. Duit kertas ini hanya sebelah muka saja dan dibahagian belakang adalah kosong tanpa sebarang gambar. Nilai muka hanya 1 sen…Itu nilai dulu yang boleh dibelanjakan bermacam macam. Tapi sekarang duit dengan nilai 1 sen sudah tiada dalam pasaran lagi. Ini kerana pada tahun 2007 adalah pengeluaran terakhir dan digenapkan.

 

Ini pula duit kertas dengan nilai 5 sen. T.Tangan oleh H.Wiesberg size 92mm x 57mm. Duit kertas ini juga hanya sebelah saja di print, sebelah lagi adalah kosong.

Seterusnya.

 

Nilai muka 10 sen dengan size 101mm x 64mm. Duit kertas ini juga hanya sebelah saja yang di print.

Nilai seterusnya adalah note 20 sen dan juga 50 sen. Belum ada lagi dalam milik duacongkak dan perlahan lahan akan mencari juga bila sudah ada modal.

Apa pun simpannnnn…dulu

 

8 Comments

  1. salam,
    Cantik koleksi duacongkak ini. Pendapat saya, not kertas yang diperturunkan oleh orang sebagai pemberian adalah lebih bermakna daripada not kertas yang dibeli sendiri. Walaupun ianya berkondisi buruk, tetapi kenangan pada not itu yang tidak boleh dibeli dan ditukar ganti kan? Apatah lagi jika ianya pemberian ibu bapa kita sendiri! biarpun ditawar beribu ringgit tidak sudi ku lepaskan. hehe.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s