Kenal2 RM

Tajuk yang ringkas.

” Kenal2 RM “

Ramai yang diluar sana tidak kira tua atau muda, malah kanak kanak juga cukup mengenali duit serta penggunaanya. Lebih lebih lagi suasana raya baru saja berlalu membuatkan anak anak kecil suka pergi beraya dirumah orang tidak mengira kenal atau pun tidak. Semuanya kerana ingin mendapatkan habuan ‘ DUIT RAYA ‘. Bagi yang sudah berumah tangga atau pun mereka yang sudah dewasa dan mempunyai pendapatan atau mata pencarian, tidak lokek menghulurkan ” duit Raya ” untuk anak anak. Walau pun dengan serendah 10sen hinggalah ke duit kertas edisi terbaru yang dikeluarkan oleh BNM.

Cuba bayangkan bagai mana perasaan anak anak sekiranya diberikan ‘ DUIT RAYA ‘ dengan  hanya syiling 10sen? Depan kita mungkin dia tidak kata apa apa tapi, bila keluar dari rumah kita, sudah pasti desas desus serta rungutan akan bermain dimulut mereka, silap haribulan habis dicanang pada kawan kawannya yang lain supaya jangan datang kerumah si anu tu...dia bagi 10sen jer duit raya.

Berbeza pula dengan Kolektor Numis, cuba bayangkan si anu tu  berikan duit 10sen 1971 sebagai DUIT RAYA  sewaktu bertandang dirumahnya, InsyaAllah, rumah si anu tu akan penuh sesak dengan kehadiran tetamu samada secara jalan kaki, berbasikal, menaiki kenderaan awam malah ada yang datang dengan kereta menjalar besarnya membawa anak anak semata mata hendak mendapatkan DUIT RAYA 10sen.

Dengan itu nampak sangat ada diantaranya masih tidak kenal dengan duit Malaysia ini, hanya bagi yang berminat untuk jadikan koleksi sahaja mengetahui nilai sebenar. Rasanya bukan saja anak anak yang tidak mengenali tentang syiling 10sen 1971, mungkin orang dewasa pun ada yang kurang arif tentang duit tersebut.

Sebenarnya duacongkak bukan hendak perkenalkan duit syiling 10sen 1971 pada keluaran kali ini, hanya sebagai selingan sahaja sebelum cerita sebenar dikeluarkan.

Kedua dua gambar diatas adalah bentuk sebenar duit kertas Malaysia dengan nilai mukanya adalah RM20. Ianya sungguh cantik dan amat menarik sekali, tapi awas sewaktu berbelanja kerana, diawal awal begini selalunya kita boleh tersasul dan menyangkakan ianya hanya RM10. Lebih lebih lagi diwaktu malam dengan cahaya yang samar samar, kekeliruan pasti akan terjadi dan boleh menyebabkan kita mengalami kerugian samada pengguna atau pun peniaga itu sendiri. Maka dengan itu hendaklah kita berhati hati selalu.

Apa yang istimewanya dengan duit baru ini adalah tulisan pada TENGKOLOK seperti mana yang ditunjukkan oleh anak panah. Mungkin ramai diantaranya sudah tahu apa yang tertulis dan ada juga diantaranya masih belum tahu apa yang sebenarnya tersembunyi.

Berpandukan gambar yang diambil ini duacongkak tidak dapat tunjukkan dengan jelas apa yang ditulis kerana beberapa kali diambil gambar tapi tidak dapat objek yang memuaskan. Dengan itu rasanya lebih baik ambil dari dalam kocek sendiri dan lihat dengan menggunakan kanta pembesar pada bahagian yang ditunjukkan dengan anak panah. Pasti kita dapat membacanya.

” SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG PERTAMA ALMARHUM TUANKU ABDUL RAHMAN IBNI ALMARHUM TUANKU MUHAMMAD “

Bacaan ini bukan hanya pada RM20 sahaja malah terdapat juga pada duit duit lain seperti RM1, RM5, RM10 dan juga RM100. Cuma RM50 sahaja yang tidak tertera nama Yang Di Pertuan Agong.

Sekadar berkongsi info sahaja

Apa pun simpannnnn…dulu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s