Duit Rp 10ribu Soekarno1964 (II)

Duit Soekarno ke II kebiruan

Memperlihatkan susunan kedua duit Soekarno yang di keluarkan pada Tahun 1964. Keluaran kali ini dengan reka bentuk yang sama tapi berwarna kebiru biruan  ( kelabu.) Tiada apa bezanya dengan siri duit Soekarno yang lain…Terdapat juga Kalimah Allah disetiap penjuru duit serta Kalimah Allah pada bahagian Songkok. Pekataan KUN FA YA KUN di tengah tengah duit, kita dapat lihat semuanya apabila diletakkan pada sinar ungu.

Apakah duit ini juga boleh melengkong bila di letakkan pada tapak tangan..? Jawapannya adalah YA>>!! Kita boleh lihat sendiri duit itu bergerak perlahan lahan dan mula melengkung. Maaf kerana tiada gambar demo hendak ditunjukkan kerana, ramai diantaranya sudah tahu atau lebih mengetahui berkaitan duit Soekarno yang dikatakan mistik ini. (Tak berani nak hurai).

 

“Duit Soekarno”

 Semua ciri ciri duit ke II ini adalah sama kecuali siri IV yang berwarna hijau agak pendek sikit. Begitu juga dengan bayangan di bahagian bulatan cerah masih berbentuk kepala (tidak pasti>>lembu/sapi/kerbau/seladang) bertanduk. Menurut kata dari mulut ke mulut, selain gambar tersebut, duit Soekarno ini ada yang dikeluarkan dengan potret Soekarno sendiri sebagai bayangan dalam bulatan. Aku tidak pasti dan akan cuba dapatkan bila terjumpa nanti sebagai bukti. Dengar cakap mulut ke mulut pun kekadang tidak boleh dipercayai juga…apa yang penting ditangan sudah ada empat siri Rp10000. Lima dengan duit yang bernilai satu Rupiah…Soekarno 1964.

“Bah belakang”

 Bahagian belakang dengan potret wanita sedang bersimpuh dengan tangan berdoa. Nombor siri yang tertera adalah...SKR 170855 Bahagian tengah duit ini depan dan belakang terdapat benang keselamatan berwarna kemerahan bagi tujuan mengelak dari ditiru atau dipalsukan.

Sedikit penerangan yang ingin aku nyatakan iaitu…Kesemua duit ini datangnya dari Kalimantan menurut kata yang punya diri. Aku terjumpa secara kebetulan dan dia nyatakan hanya tinggal 4 keping sahaja yang terakhir. (kalau ada lebih rasanya semua sekali nak sapu) Semua sudah diambil orang. (Bagi yang warna HIJAU jangan ditanya lagi menurut yang punya diri…) Kemungkinan bapa yang punya diri akan kembali ke Kalmantan untuk mencari lagi dan bawa masuk ke Semenanjung…Bila masanya aku tidak pasti…

Kebelakangan ini beberapa kali aku cuba hubungi yang punya diri untuk mendapatkan siri lain jika ada…(Rp1000 full set) tapi, langsung tidak di jawab…frust juga jadinya. Atau…dia sudah pergi ke Kalimantan bersama bapanya…mencari barangan lama dan mistik untuk dibawa ke Semenanjung.

lihat turutan ke III dibawah

 

Advertisements

7 Comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s