Kenalkah aku…pada duit ini..??

Haa..mari kita sama sama ushar duit ni…

Bukan aku nak menunjuk nunjuk dan juga bukan aku nak bermegah…tapi apa yang hendak aku pamirkan adalah untuk tatapan kita semua termasuk diri aku sendiri. Bukan senang untuk mendapatkannya tapi bila sudah dapat, kita tidak tahu pula kesahihannya sama ada ianya tulin atau cetakan palsu. Yang pasti…Mari kita tenguk…!!

Tajuk diatas macam suspen je…hehe..tak ada yang menakutkan atau mengejutkan sebab duit yang mahu dipamirkan ini bukanlah duit hantu atau jembalang. Tapi adalah duit yang agak magis…bagi pandangan aku je ..aku bukan pandai dan tidak pula bodoh…hehe. Tapi kekadang tu terkena juga sebab aku ni bodoh kerana tidak mahu bertanya pada orang yang lebih arif/pandai. Main sebat je asal tenguk menarik.

Kali pertama aku membeli duit untuk koleksi dimana sebelum ini, belum pernah aku beli dari mana mana pihak. Semua koleksi duit yang aku sudah sisipkan dalam blog ini dapat semasa berbelanja atau pun yang dikeluarkan dari dinding dinding konkerit.

Duit ini terpaksa aku beli sebab…dekat dinding konkerit tak akan keluar biarpun berpuluh atau beratus malah beribu ribu kali cucuk pun dia tak akan keluar… Tapi kalau di tepi kaki lima dinding konkerit kita boleh dapatkan juga duit ni…cara mana?? hehe.. Kena beli lah…macam aku ni…

Wah…mana pergi DUACONGKAK ni…dah tukar AKU pulak…?

( Hehe…terkena badi duit agaknya…. )

MARI TENGUK….JOM USHAR SAMA SAMA DAN AJAK KAWAN KAWAN..

 

“SIRI 1 (DEPAN)

 WOW…duit Soekarno la…Tahun 1964, Rp10000 (Sepuluh ribu Rupiah ) pulak tu…

Hehe…inilah siri duit Soekarno yang aku simpan dan dikeluarkan untuk tatapan semua. Ianya sudah lama ada dalam simpanan cuma…lambat sikit untuk di kirim dalam blog atas sebab…selama ini siri duit Indonesia (kertas) belum keluar. Dan lebih diutamakan kepada setem dan FDC. Hanya sekeping saja duit Soekarno dengan nilai satu rupiah di keluarkan sebelum ini…Banyak juga yang melawatnya…

Sedikit maklumat untuk disampaikan…Bahagian depan seperti yang anda saudara saudari lihat itu memaparkan wajah Presiden Pertama Indonesia…Bapak Soekarno. Bahagian tengahnya pula ditulis BANK INDONESIA dan ejaan pada nilai duit iaitu SEPULUH RIBU RUPIAH. Disebelah kanan dalam bulatan terdapat bentuk kepala (LEMBU,SAPI,SELADANG,KERBAU…) bertanduk…entah yang mana satu tidak tahu…mungkin ada bloger yang tahu kut…Ianya adalah tanda keselamatan selain dari benang scuriti halus yang terdapat dibahagian tengah bila kita lihat depan cahaya.

Di helaiannya pula, kita kena lihat dengan menggunakan lampu electronik money detector, dimana tertera ayat KUN FA YA KUN, dibahagian tengah. Disetiap 4 penjuru pula tertera KALIMAH “ALLAH”. Begitu juga dengan bahagian songkok, terdapat Kalimah “ALLAH” dalam tulisan jawi. 

“SIRI 1” (belakang)

 Dibahagian belakang note ini pula terdapat empat ekor burung kakak tua (parrot).

Dibahagian tengah gambar lelaki berdiri.

Dan terakhir untuk dinyatakan adalah terdapatnya siri Nombor bagi duit ini:…BK 081145.

Adakah semua duit ini boleh melengkung bila diletakkan di tapak tangan??

Jawapannya…Ya…!! boleh melengkung dengan sendiri bila diletakkan ditapak tangan. Aku sekadar mahu tunjukkan saja siri duit Soekarno ini…TQDC

Lihat siri berikutnya…

 

11 Comments

  1. note ni melengkung sbb haba
    cuba letak bawah matahari
    tak payah pegang
    melengkung juga
    tindak balas dye utk print note tu

    maka utk membuat magik, pastikan persekitaran nya panas..memang mengulung note …mmg tahap dewa la pas ni heheh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s