MERDEKA TOTAL 50

Kejutan pada tajuk…

Ini adalah sesuatu yang dinanti nantikan dimana kemunculan sekeping note RM 50 edisi MERDEKA yang bilangannya genap 50. Siapa sangka dibulan puasa dan hampir hampir mahu raya dan disambut pula hari kemerdekaan 31 ogos 2011, sekeping note RM 50 edisi MERDEKA boleh muncul ditangan. Walau pun terdapat 5 siri tapi satu pun sudah puas. Hanya mencari untuk empat siri lagi secara perlahan lahan.

Apa yang istimewanya duit ini…? Mari kita lihat.

Duit kertas ini dikeluarkan sempena Negara Malaysia menyambut hari Kemerdekaan yang ke 50 tahun dimana pada sisi kanan atas terdapat logo 50. Tidak seperti yang kita lihat pada duit kertas RM 50 yang diguna pakai sekarang. Walau pun bentuknya sama tapi perbezaannya hanyalah pada LOGO tersebut. Bagi siri duit kertas ini BNM keluarkan sebanyak 5 set iaitu bermula dengan Prefix AA xxxxxxx dan diikuti AB xxxxxxx, AC xxxxxxx, AD xxxxxxx dan terakhir Prefix AE xxxxxxx.

Ramai para kolektor yang menyimpan set ini dengan lengkap, lebih lebih lagi dalam gred UNC. Bagi duacongkak pula, UNC agak sukar untuk dibuat koleksi, dapat yang VF pun terasa puas sebab lebih berminat kumpul dari mengejar gred. ( Modal Kecil…)

Sebenarnya duacongkak sudah lengkap untuk siri ini dari Prefix AA hingga AE. Tapi yang menjadi koleksi berikut dari siri yang sama iaitu, kiraan siri nombor yang genap 50. Seperti duit kertas diatas yang pertama ditemui dengan Prefix A E 8 8 8 1 9 7 9. Cuba kira satu persatu 8+8+8+1+9+7+9 jawapannya 50. Mungkin sebelum ini ramai kolektor yang cuba mendapatkan note RM50 Merdeka yang siri nombornya genap dengan bilangan 50 kerana keistimewaanya sebagai memperingati Sambutan Hari Merdeka yang ke 50. Pendapat duacongkak jer…pendapat kolektor lain entahlah…mungkin ada yang mahu melengkapkan koleksi bagi semua siri duit kertas Malaysia dari RM 1 hingga RM 100 dengan bilangan 50.

Apa pun kita nantikan berita dari para kolektor lain yang sudi memberi pandangan mereka, memandangkan duacongkak sendiri baru setahun jagung menimba ilmu numistik. Masih perlu banyak belajar kerana seni dalam sesuatu yang diminati yang sentiasa terbaru cukup menarik.

Apa pun simpannnnn…dulu.

5 Comments

  1. Setahu saya orang jadikan duit rm50 untuk kiraan 50 sebagai ibu duit. Ya lah sebab susah nak dapat. Nilai rm50 ja tapi kalau nak jual kepada orang tertentu…. dah cecah rm200 dan ke atas. Tapi di nasihatkan jangan mudah terpedaya. Apapun kalau dah hobi tak boleh nak elak untuk simpan wang berkenaan.Tahniah kepada anda yang berjaya.

    • TQ azrezul atas komen anda.
      sy cuba dapatkan koleksi ini semata2 suka2 sj tidak ada niat lain pun…mungkin xde nilai tersendiri tp cukup memuaskan ht melainkan kalau sekiranya duit ini punyai solid nombor/RADAR atau low nombor, gred yg baik pasti ada nilainya berbanding nilai total 50.
      TQ sekali lagi kerana sudi berkunjung blog ini.

  2. hai tuan duacongkak…sy ad RM50 NO. ‘5’ MERDEKA…sy panggil NO5 MERDEKA krn no 5 tu condong n merungkai segala persoalan berhubung 50 tahun merdeka dan bnyak lg termasuk 5 jari Tunku Abdul Rahman…prefixnya BU5452920…no lima depan dan 0 belakang=50…yg paling menarik no “5” kat tengah2 2 condong kekiri selari@sebaris dgn tgn TAR…

    ckh fb sy paradisul jinan…tp tuan add sy dlu bru buleh tgok.
    atau emel sy reelie_madrid@yahoo.co.uk

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s