coagulant units coupons 1941

 

” Kupon Gajah “

kupon cuka getah

Dua kupon ini khusus untuk mendapatkan cuka getah atau pengesahan bagi tujuan mendapatkan cuka getah yang mungkin pada masa itu cuka getah adalah barangan yang terkawal. Setiap keping tertera tulisan ONE coagulant unit. Berarti setiap keping hanya dibenarkan mengambil atau membeli satu unit cuka getah sahaja. Pada kupon tersebut juga terdapat bulan kalender sebagai contoh Oktober 1941 dan November 1941. Berarti kupon ini hanya sah digunakan dalam bulan dalam tahun tersebut sahaja dan tidak berlaku lagi selepas dari bulan yang tertera.

Untuk makluman semua, kupon yang asal sebenarnya ada tiga keping iaitu bagi bulan Oktober, November dan juga December 1941 serangkai. Tapi duacongkak hanya menyimpan dua keping saja sebagai kenangan dan bagi bulan December entah kemana tidak pasti…

Bagi kupon ini sah digunakan sebagaimana tertera Federate Malay States. Ada juga kupon dikeluarkan khusus untuk negeri negeri lain sebagai contoh Negeri Kedah atau Johor. Pada kupon tersebut akan tertera nama negeri berkenaan.

Kalau ada sesiapa yang lebih arif berkaitan kupon ini bolehlah berkongsi sama sebab duacongkak pun tidak arif sangat dengan kupon ini…Sekiranya info yang diberikan itu salah, harap diperbetulkan dan mohon maaf banyak banyakkkkkk…!!

TQDC