Tambahan Setem Kelasik

 

Keluaran ini sebagai penutup bulan April 2010, menjelang Bulan Mei Duacogkak akan keluarkan edisi lain khusus buat peminat setem, atau duit atau mereka yang sudi melawat blog ini dan juga kepada mereka yang baru hendak menanam minat yang sama atau apa saja koleksi yang diceburi. Bolehlah kita berkongsi maklumat kerana Duacongkak sendiri pun tidak berapa arif dan hanya sekadar suka suka mengumpul sahaja. 

   contoh 1

   contoh 2

 Kedua dua contoh setem diatas adalah keluaran Tahun 1960an di mana Duacongkak sendiri tidak berapa pasti bilakah tarikh sebenar ianya dikeluarkan. Apa yang penting adalah supaya dapat kita sama sama melihat koleksi lama Setem Indonesia ini. Temanya adalah binatang liar yang terdapat di dalam hutan yang hampir sama dengan yang ada di Negara Malaysia. Hanya berbeza pada nama yang digunakan.

Contoh pertama memaparkan dua bentuk setem dengan nilai 5 sen dan 10 sen. Binatang yang diperkenalkan iaitu ” KANTJIL “ ( mungkin ejaan lama Indonesia atau hingga kini masih gunakan ejaan yang sama, tidak pasti ) Dikenali juga dengan ” KANCIL “ bagi kita di Malaysia.

Bagi siri setem dengan nilai 30 sen ini pula menggambarkan seekor binatang yang dipanggil ” LINGSANG ‘ di Indonesia atau ” Mmerang dialek orang Utara Malaysia. Bagi nama yang sebenar agak mushkil sikit…Memerang…kut..! Ada sesiapa yang boleh betulkan..? ( Nampak sangat malas nak semak buku ni…hehe…)

Siri 35 sen adalah ” TENGGILING “ bagi tempat kita dan ” TRENGGILING “ bagi Negara Indonesia. Beruntung juga dengan adanya setem begini dimana sekurang kurangnya kita mengenali nama nama yang tidak pernah kita dengar. Mungkin ada diantara kita memanggil atau mengenali dengan nama lain juga.

Siri 50 sen pula di Indonesia menyebut ” BANJENG “ dan di Malaysia dari apa yang Duacongkak perhatikan berkemungkinan besar ” SELADANG “.

Bagi siri 75 sen  menggambarkan seekor ” BADAK “ dengan panggilan nama yang sama kita gunakan. Siri ini hanya terdapat satu jenis dalam simpanan.

Anda puas hati….!!!

Tamatlah edisi untuk Bulan April. Sampai kita jumpa pula pada Bulan Mei nanti…InsyaAllah…Assalamualaikum…TQDC

 

4 Comments

  1. saya pun ada setem tapi tak banyak.indonesia pun ada.30 sen gambar munsang.tergiling 40 sen pun ada .luar negeri d,haiti tahun1803. setem liberty 17883-1830.setem shakespeare 1564-1964.setem gambar electronic.setem tahun 1773 pun ada. settlement 1565-1965. setem gambar masjid negara republik francaise juga ada .siling lame pun ada. boleh tengok kat f/book.gmbar setem tak da lagi nanti nak masukkan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s