Setem Ratu ( 2 )

Siri setem Ratu yang diguna pakai oleh negara negara yang di jajah.

Beberapa bentuk setem Kerajaan British di zaman penjajahan yang dikeluarkan sekitar tahun 1950an dan 1960an.

 

 

 

Tiada butir butir yang dapat dijelaskan. Sekadar koleksi peribadi.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

British Trade Dollars

Syiling one dollar keluaran Tahun 1899

   

Duit kerajaan British pada Tahun 1899 yang hanya mereka minat dengan koleksi duit saja kenalinya. Bagi jenerasi kini mungkin ramai yang tidak mengenalinya. Mungkin juga tidak tahu bahawa duit ini biasa digunakan dalam negara kita.

Dari pada tersimpan dalam album lebih baik dikeluarkan agar ada diantara mereka yang tidak pernah lihat sekurang kurangnya tahu juga akhirnya.

Mungkin dalam muzium ada kut…?

( Syiling ini pada bahagian gambar kedua pada sudut kiri jam 9 dapat lihat Minor Die Crack, tapi tak berani nak komen sebab tiada contoh yang lain untuk perbandingan. )

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Royal Silver Wedding

Setem yang dikeluarkan pada 01hb Dec.1949

British – Malaya mengeluarkan setem ini dalam dua bentuk dan dicetak serta diedarkan untuk kesemua negeri Tanah Melayu yang ketika itu di kenali dengan Malaya.

Nilai setem tersebut adalah 10 sen (violet) dan $5 (3 warna # 1 negeri 1 warna sahaja).

   1/2

      1/2

1/2

Tiga siri setem yang sama dengan nilai 10 sen sebagai contoh ini dikeluarkan kepada tiga Negeri dalam Malaya iaitu:- Malaya-Singapore, Malaya-Johore dan Malaya-Selangor. Untuk negeri negeri lain juga adalah sama dan hanya berbeza pada cetakan nama Negeri sahaja.

Bagi siri 10 sen (violet) jumlah cetakan berbeza beza bagi setiap negeri,

 Begitu juga siri $5 (pelbagai warna antara negeri) dimana cetakannya lebih dari separuh berkurangan dari siri 10 sen…

Contoh Negeri Melaka:- 10 sen >> 375,006 dan $5 (Brown) >> 18,889 saja.

Negeri Kelantan:- 10 sen >>346,182 dan $5 (Carmine) >> 20,723

Negeri Selangor:- 10 sen >> 1,252,340 dan $5 (Green) >> 25,151

Setem yang dipamirkan ini tidak lengkap semuanya…Terdapat Negeri negeri lain di Tanah Melayu yang tiada dalam simpanan. Begitu juga dengan nilai $5…Satu siri pun tiada maka tidaklah dapat untuk Duacongkak perkenalkan bentuknya kerana setiap negeri berbeza warna.

**Sedikit info:- Bagi siri ini pada bahagian Borneo, cetakan juga sama cuma berbeza pada nilai dan warna. Cetakan untuk siri 10 sen, bagi Borneo nilai cetakan adalah 8 sen ( Scarlet ) dan untuk siri $5 di Borneo cetakan nilainya $10 (Mauve).

 

Malaya – Singapore 1955

Definitive Series 1955 – 1961

Rupa bentuk Definitive Series Pertama yang dikeluarkan dengan wajah Queen Elizaberth II khusus untuk Kerajaan  Singapore = Malaya.

Definitive Series  ini dikeluarkan bermula pada 04/09/1955 bersama FDC bilangan yang ke lima. Untuk mereka yang berminat dengan setem…Duacongkak hanya dapat pamirkan rupa bentuk setemnya sahaja. FDC tiada.

 
 
 
 

 

1/15

 

2/15

3/15

3/15a

4/15

5/15

6/15

7/15

9/15

10/15

11/15

12/15

Kita boleh lihat satu persatu siri ini dan lihat juga bilangan dibawah setiap setem. Untuk makluman, Bagi siri 8/15 sememangnya tiada dalam simpanan Duacongkak. Nilai muka pada setem tersebut adalah 12c. Warna Rose-Carmine.

Seterusnya untuk siri $1, $2 dan $5 bagi melengkapkan semua 15 siri yang dikeluarkan pada edisi Definitive Series ini. Bagi nilai $1 akan disisipkan dalam kiriman lainnya. Nilai $2 dan $5 tiada dalam koleksi….!!

Tambahan Setem S’Pore – Malaya

 

Sambungan siri atas

Definitive Series Singaore – Malaya 1955 – 1961 ($1)

Duacongkak mengasingkan setem ini kerana rupa bentuknya berbeza dengan siri diatas iaitu dari 1 sen hingga 50 sen, sekali pun ianya dikeluarkan dalam siri yang sama. Terdapat juga nilai berikut, seperti… $2 dan $5…malangnya Duacongkak tidak dapat tunjukkan kerana setem tersebut tiada dalam simpanan.

Inilah rupa bentuk setem $ 1.00 tersebut:-

13/15

 Bagi siri 14/15 dan 15/15 tiada dalam simpanan…Rupa bentuk setem $2 (blue-green & scarlet) kedudukan melintang seperti siri SEN cuma ukuran dimeter berbeza.(besar) dan siri $5 (Yellow,red, brown & slate-black @ light brown & grey-black) kedudukan sama seperti $1. harap maklum.

TQ SABRI teguran (dlm komen) untuk pembetulan ini.

 

Setem 1912-1925

Stamps Straits Settlements keluaran 1912-1925 edisi $25.00, $100.00 dan $500.00

Duacongkak mempamirkan koleksi setem yang ada dalam simpanan dimana, hanya terdapat satu sahaja iaitu nilai $25.00 warna purple/blue. Bagi siri $100 dan $500 kena goyang lima jari ler..dua dua belah tangan kena goyang…hehe

Kenapa…tak percaya ka…??

Sebelum itu, biarlah dinyatakan dulu nilai yang terdapat dalam katalog:-

Bagi edisi $25.00 MINT RM 1,950.00 and USED RM 750.00. Specimen RM300.00 ( Mengikut katalog 1997 edisi ke 22) Sekarang Tahun 2010…

Bagi edisi $100.00 MINT RM 9,000 and USED…?? Specimen RM 650.00

Bagi edisi $500.00 MINT 75,000 and USED…?? Specimen RM 1500.00

KG V 1912

Setem ini juga digunakan di Singapura sebagai mana tertera seal pada muka setem tersebut.

 

Straits Settlements 1912-1925

Setem dengan nilai $2 Straits Settlements Postage & Revenue.

Siri King George V ini dkeluarkan sekitar Tahun 1912 hingga 1925. Bagi setem $2 ini pula dicetak pada Bulan July 1915. Terdapat juga siri yang dicetak pada July 1914, dan ada yang dicetak pada Tahun 1920 dan juga 1921. Kesemuanya berbeza warna sebagai pengenalan Tahun ia di keluarkan.

Lihat contoh Setem ini.

 
 

 

19/20

 

back side

Pada muka setem ini terdapat Red Seal Gov. of Singapore.

Siri terakhir 20/20 setem ini adalah dengan nilai $5.

Bagi siri $25, $100 dan $500 berbeza pada ukuran saiz dan bentuknya.