Die Clash 20sen

Penemuan kedua 

Menarik, tertarik dan nampak cantik. Begitulah perasaan yang muncul bila sesuatu kecacatan ditemui pada setiap syiling yang dipegang dan ianya muncul dalam pelbagai bentuk. Tidak dinafikan bahawa setiap syiling Malaysia atau mana mana juga syiling dari negara luar, kiranya kita temui sesuatu kecacatan pada syiling tersebut, pasti perasaan suka dan gembira tidak dapat digambarkan. Malah terasa seperti tidak sabar untuk dipamirkan bagi peluang orang lain melihatnya. Perkongsian gambar begini boleh mendorong rakan atau peminat turut mencari atau berusaha mendapatkannya. Jangan salah faham pula, hanya yang betul betul minat sahaja yang akan teruja dengan apa yang ditemui, bagi mereka yang kurang minat atau bukan penggemar pasti melecehkan malah sanggup menyatakan yang kita banyak membuang atau membazirkan masa. Biarlah…itu pendapat mereka. Selain itu mereka juga akan kata  yang hobi kita membazirkan duit. 

Kepada yang baru mencebur atau tercebur dalam hobi satu ini harap bersabar dengan keadaan sekeliling, jangan diperdulikan, sebab ianya adalah satu hobi yang berfaedah. Dengan hobi ini, kita juga akan mendapat ramai kawan pelbagai lapisan samada dari golongan biasa, orang kampong, orang bandar, orang dari negara luar juga kita dapat berkawan. Tidak kurang juga diantara kawan kita dari golongan kaya raya, berkedudukan tinggi, berpangkat besar malah ada diantara kawan atau rakan yang mempunyai gelaran anugerah kebesaran. Almaklum saja bila minat dengan duit bermakna hanya orang yang berduit sahaja yang lebih ramai menceburinya.

Tapi jangan silap, kita sebagai ” anak bilis “ pun boleh menceburinya dengan kemampuan yang kita ada. Sebagai contoh yang paling mudah dengan mencari syiling dalam edaran setiap hari, apabila kita temui sesuatu kecacatan tulin dari kilang ditempa, maka hendaklah disimpan untuk dijadikan koleksi sendiri atau bahan rujukan dimasa akan datang.

Blog ini kalau tiada mukadimah macam tidak sah. Maaf pembaca dan pengunjung semua.

in blog 2a

Dari apa yang tuan tuan dan puan puan, abang adik kakak, makcik pak cik pak long, cikgu cikgi, Dr, Ir, Datok, Dato’, Datin atau siapa sahaja yang berkunjung, cuba perhatikan keadaan syiling dibahagian muka depan ini. Kali ini duacongkak tidak menandakan bahagian yang dikatakan cacat itu tapi kita dapat lihat arca diantara tepak sirih dengan kacip pinang terdapat balikan angka ‘2 ‘ dan sedikit angka ‘ 0 ‘. Die Clash yang ketara dapat kita lihat.

in blog 2b

Seterusnya pada bahagian sebaliknya kita dapat lihat sedikit bentuk tepak sirih biar pun ianya tidak ketara dengan jelas.

in blog 2a-1a

 

DSC_0739a1-a

Gambar atas adalah gandingan gambar terbaru dan gambar bawah pula adalah gandingan gambar syiling yang juga mempunyai Die Clash dan pernah diterbitkan dalam blog ini sebelumnya. Setakat ini duacongkak telah temui dua keping syiling Die Clash yang dicetak pada tahun 2001. Sungguh pun begitu, Die Clash kedua duanya amat berbeza antara satu sama lain.

Setakat ini belum ditemui Die Clash dari tahun lainnya. Untuk makluman juga, syiling 20sen 2001 ini adalah dari variety atau corak kedua, corak pertama kita boleh bezakan pada tulisan BANK NEGARA MALAYSIA yang lebih mengembang dan bulat serta lebih mudah ditemui. Bagi siri kedua tulisannya kelihatan lebih tajam dan halus juga mudah ditemui.

Cukup kut…

Apa pun simpan dulu 

Advertisements

6 Comments

  1. Menarik die clash error yang terjadi. Setakat ini Nsdk adalah terjumpa beberapa die clash Siri bunga raya bagi tahun 1993, 2001,2002,2005 dan 2010. Belum dapat siarkan kesemuanya lagi untuk perkongsian. Ada masa nanti akan disiarkan.

    • Slmt sjahtera tuan Nsdk
      Tahniah sbb memiliki koleksi die clash selain 2001. Dlm simpanan saya cuma baru ada 2001 yg berbeza bentuk die clash. Kena tandakan juga tahun2 yg tuan sudah temui untuk pastikan ada dalam simpanan.

      tq sekali lagi atas info terbaik ini. (y).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s