Lawatan Muzium (3)

sambungan

Terowong PKM

Sebelum ini sudah diterbitkan sempena lawatan ke Muzium ATM Port Dickson dan mengisahkan tentang bahagian luaran dan kali ini, duacongkak ingin membawa para pembaca dan pengunjung blog duacongkak ke dalam Terowong PKM atau dikenali sebagai Terowong Parti Komunis Malaya yang terdapat di Muzium ATM ini.

Untuk pengetahuan pengunjung blog semua, Terowong PKM ini adalah replika sahaja dan ianya dibina sebagai mana bentuk asal Terowong yang ditemui oleh pihak keselamatan di zaman komunis dahulu. Maaf kerana duacongkak tidak mencatit tempat asal Terowong PKM ini kerana berjauhan dengan sumber yang menunjuk arah.

muzium atm trowong 1a8b

muzium atm trowong 1a8a

muzium atm trowong 1a

Muka pintu Terowong PKM yang sempit dan sesuai dilalui untuk seorang sahaja. Tidak sesuai kiranya berjalan beriringan semasa masuk atau semasa berada dalam Terowong PKM tersebut. Didalam Terowong PKM ini kita dapat lihat bermacam macam peninggalan dan bahagian penting yang digunakan oleh anggota PKM.

muzium atm trowong 1a1

Sebahagian senjata api yang digunakan oleh pihak Komunis Malaya semasa menentang kerajaan ada dipamirkan didalam terowong ini.

muzium atm trowong 1a2

Jenis senjata api yang digunakan pun sepertinya belum pernah dilihat melainkan sekiranya kita pergi buat lawatan disana.

muzium atm trowong 1a3

Terdapat juga beberapa dokumen hasil rampasan oleh pihak keselamatan dan dipamirkan disitu.

muzium atm trowong 1a4a

Gambar atas adalah bilik rawatan untuk anggota PKM yang mengalami kecederaan atau mereka yang memerlukan rawatan kerana jatuh sakit seperti demam atau apa sahaja sakit yang perlukan rawatan.

muzium atm trowong 1a5

Gambar atas pula adalah bentuk tempat tidur yang disediakan dalam terowong atau tempat mereka berehat. Semasa duacongkak melintasi kawasan ini sememangnya gelap dan memerlukan lampu picit kerana lampu yang ada didalamnya agak samar samar. Memang menyeramkan bila kita sedar disebelah kita ada orang sedang terbaring sekali pun orang itu adalah sebuah patung menyerupai manusia. Al maklum sahaja tempat gelap dibawah tanah pula.

muzium atm trowong 1a7

Ini pula adalah bentuk bilik mesyuarat yang ada dalam Terowong itu.

muzium atm trowong 1a6

Sebelum kita sampai dibilik mesyuarat tersebut, kita akan temui sebuah lagi terowong iaitu cabang didalamnya. Motor sikal yang diletakkan itu menghalang bagi pengunjung memasuki kawasan tersebut kerana ianya sedang dibaik pulih dan apa yang ada didalamnya duacongkak tidak pasti. Tapi, dari apa yang diceritakan oleh Tuan pandu arah, terowong tersebut tidak digalakkan masuk kerana sebelum ini sudah ramai yang jumpa benda yang bukannya untuk pamiran. Malah ada kalangan pengunjung menjerit jerit seperti histeria dan terpaksa dibawa keluar dengan kadar segera dari lorong tersebut.

Semasa duacongkak sampai dipersimpangan ini pun sudah terasa meremang bulu roma, tapi tidak dihiraukan kerana waktu itu ramai kawan kawan yang ada bersama.

Terowong ini akan keluar melalui pintu kedua dan ianya akan sampai kebahagian hutan dan dikenali sebagai Kampong Ikhtiar Hidup.

Inilah serba sedikit pembakar semangat kepada para pembaca untuk datang sendiri dan buat lawatan terutama bagi mereka yang kerjayanya sebagai pendidik atau bahasa mudahnya seorang guru. Boleh buat rombongan bawa anak murid melawat tempat bersejarah ini. Tidak rugi kita mengenali sejarah negara sendiri.

Akan datang duacongkak bawa pengunjung blog kedalam bangunan Muzium ATM pula.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s