Lawatan Muzium (2)

Bersambung:

Bahagian kedua lawatan Muzium ATM

Apa yang dapat kita lihat pada bahagian kedua pula adalah peralatan tentera yang pernah digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia. Dari unit udara termasuklah dengan peralatan kenderaan Tentera Darat. Semua peralatan ini diletakkan diperkarangan Muzium ATM dan dijaga dan diselenggara dengan baik khusus untuk tatapan jenerasi ke jenerasi.

Kebiasaan kita hanya dapat lihat semua peralatan ini bila ada pamiran atau pun semasa menyambut Hari Kebangsaan. Mungkin kini kita sukar untuk melihat kenderaan ATM yang lama diarak semasa Menyambut Hari Kemerdekaan kerana, ATM kini telah mempamirkan semua peralatan yang baru dan lebih canggih mengikut peredaran masa. Hanya apabila kita berpeluang melawat Muzium ATM sahaja dapat kita lihat segala bentuk kenderaan yang digunakan dimasa silam.

Sungguh pun duacongkak pernah lihat semasa zaman kanak kanak, pelbagai jenis kenderaan tentera yang bergerak diatas jalan raya dalam satu dua operasi, tapi ada diantara kenderaan yang belum pernah dilihat ketika itu. Apabila berpeluang melawat Muzium ATM ini baru dapat lihat dihadapan mata bentuk kenderaan yang sebenarnya. Sayang sekali setiap kenderaan yang dipamir tidak diletakkan namanya. Jika tidak sekurang kurangnya dapat juga diletakkan nama pada setiap kenderaan yang ada ini. 

DSC_0836a

Salah sebuah kapal terbang yang dipamir dan diletakkan ditebing dataran menghadap kejalan besar. Sebelum kita masuk perkarangan Muzium, dari jalan besar lagi kita dapat lihat kapal terbang ini dan ada sebuah lagi yang tidak diambil gambarnya.

DSC_0832a

Gambar atas pula adalah sebuah jet TUDM yang digunakan. Kalau dulu masa zaman kanak kanak, duacongkak hanya kenali dengan nama ” Jet Tebuan. ” 

DSC_0834a

Helikopter yang diletakkan berlatar belakang hutan.

DSC_0838a

Kalau meriam seperti gambar diatas, duacongkak mengaku belum pernah dilihat sebelum ini dan pada hari lawatan adalah kali pertama duacongkak dapat lihatnya.

DSC_0843a

Jenis kereta perisai ini sering dilihat diatas jalan raya suatu ketika dulu, mungkin bagi peringkat orang muda yang lahir diera penghujung 80an dan awal 90an sukar melihat ianya bergerak diatas jalan raya lagi. Melainkan bagi mereka yang tinggal dalam kawasan Kem Tentera atau sekitarnya

DSC_0844a

Begitu juga dengan kereta perisai diatas.

DSC_0845a  

Kekadang kita tidak dapat membezakan diantara kenderaan perisai yang ditunjukkan ini kerana kelihatan bentuknya hampir sama diantara satu sama lain kecuali, kita mengenali dengan namanya sekali baru dapat dibezakan.

DSC_0846a

Bagi Trak diatas pula duacongkak mengaku semasa zaman kanak kanak dulu, tidak pernah kelihatan diatas jalan raya. Sedangkan laluan dimasa itu tiada lain melainkan akan melalui dihadapan rumah. Kem tentera pula terletak di Kamunting, Taiping dan setiap operasi yang menghala ke Selatan sudah tentu melalui jalan dihadapan rumah duacongkak.

DSC_0847a

Kereta perisai diatas sememangnya yang paling mudah dilihat dan setiap kali sambutan Hari Kebangsaan ianya dipamirkan.

DSC_0848a  

Begitu juga dengan kereta perisai diatas ini.

DSC_0849a

Bagi kereta perisai diatas sememangnya duacongkak pernah lihat ianya bergerak diatas jalan raya yang melalui dihadapan rumah dalam konvoi mereka.

DSC_0850a

Jenis ini pula tidak pernah dilihat.

Itulah sebahagian dari kenderaan perisai tentera Malaysia yang diguna pakai ketika zaman komunis yang dapat dipamirkan dalam blog ini sempena lawatan tempoh hari. Terdapat lagi beberapa jenis kereta perisai trak lori dan land rover yang digunakan tapi cukuplah dengan apa yang dipamirkan ini kerana jenis kereta perisai ini sudah sukar untuk kita lihat lagi. Bagi sesiapa yang berdekatan atau berkesempatan bolehlah pergi melihat sendiri Muzium ATM kerana masih banyak yang dapat kita lihat disana.

DSC_0852a

Setakat ini dulu yang dapat duacongkak perjelaskan dan jika berpeluang selepas ini akan ditunjukkan pula keadaan Terowong PKM.

Gambar diatas adalah bentuk muka pintu terowong PKM dan ianya bukanlah terowong asli atau asal tapi telah dibina semula semata mata untuk pengunjung lihat sendiri keadaan dalaman. Ianya adalah replika yang menyerupai terowong PKM sebenar yang pernah digempur oleh Pasukan Keselamatan kita.

Dari apa yang dilihat, kita sudah dapat bayangkan betapa peritnya perwira negara masa itu berjuang mempertahankan maruah negara ini dan dengan itu, banyaklah tersenarai nama nama pejuang yang gugur dan dipahatkan nama mereka pada tugu sebagai peringatan jenerasi seterusnya. Keikhlasan mereka berjuang mungkin kita tidak dapat membalasnya walau pun diberi ganjaran melainkan Allah sahaja yang dapat berikan ganjaran yang istimewa buat mereka. Kita hanya dapat sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang berugama Islam sebagai ingatan dan keikhlasan dari kita diatas segala semangat juang mereka. 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s