Lagi 50sen 2002

50sen 2002 DDR (V3)

Ramai diantara pengumpul duit syiling Error atau Variety tertanya tanya berkaitan 50sen 2002. Terutama sekali untuk membezakan diantara TDR dan juga DDR atau dinamakan sebagai Variety ke 3. Sebelum ini duacongkak telah meletakkan Variety TDR dalam post terdahulu dan kali ini duacongkak ingin pamirkan pula satu lagi Variety yang ada pada syiling 50sen 2002..

DSC_0715a

Mari kita layan dulu gambar yang ada seperti atas dan bawah. Bentuknya hampir sama dengan keluaran biasa atau pun keluaran TDR cuma berbeza pada syiling tahun yang sama diistilahkan sebagai BIG O. Juga telah dipostkan pada keluaran terdahulu.

DSC_0714aa

Kita terus sahaja lihat keratan pada gambar dibawah ini. Dua gambar yang sama dengan tulisan MALAYSIA yang mana sebelah kanannya duacongkak telah tandakan anak panah merah sebagai pengenalan untuk Variety ke 3. Jika dibandingkan dengan TDR, tulisannya kita dapati tiga lapisan tapi sebaliknya bagi siri ini ianya hanyalah dua sahaja. Pada debunganya pula kita boleh bandingkan dengan siri TDR dimana, bagi variety ini ianya kelihatan kecil sedikit tapi tidak sama dengan yang normal atau keluaran biasa.

DSC_0714a   DSC_0714a1

Untuk lihat dengan lebih jelas lagi, duacongkak perbesarkan bahagian huruf yang kelihatan berganda seperti tertera pada keratan gambar dibawah ini. Bahagian yang paling jelas untuk dilihat iaitu huruf “A,Y dan S” untuk MALAYSIA begitu juga pada bahagian debunganya.

DSC_0714a2

Untuk mudahkan lagi, cuba lihat gambar dibawah yang dikatakan Triple Die Riverse (TDR) pada huruf “A dan M”

DSC_0545a2-a1

Juga kita boleh lihat keadaan debunga untuk TDR yang lebih besar.

DSC_0545a4a

Untuk pengetahuan pembaca dan juga penggemar syiling Variety Malaysia, bagi siri DDR V3 ini lebih mudah kita temui berbanding dengan siri TDR atau pun BIG O. Semoga dengan ini dapatlah pembaca semua membezakan antara Variety biasa, TDR dan DDR V3 serta BIG o kerana semuanya telah diterbitkan dalam blog ini. Perkongsian yang penuh bermakna.

Apa pun layan dulu.

tqvm

2 Comments

  1. Saya pula TDR tak jumpa-jumpa lagi.. . tetapi tahun 2014 ni memang rezeki nak jumpa Big O. Dah tiga keping dapat dlm masa tak sampai 2 bulan sedangkan selama ini hampir setahun lebih Nsdk mencari.

    • Tahniah tuan Nsdk
      Variety 50sen 2002 BIG O antara yang sukar juga ditemui selain TDR seperti yg dipamirkan ini. Dalam masa 2 bulan boleh dapat 3 keping BIG O dah kira terbaik.

      Moga 1 hari nnt tuan Nsdk akan temui jg variety TDR seperti dlm gambar. Selain TDR ada jg variety DDR utk 50sen 2002 ini cuma DDR kurang popular.

      Rim CUD Error Obv n Rev pun boleh ditemui dlm siri 50sen 2002. Selamat mencari…

      tq tuan Nsdk

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s