gegar gegar

50sen 1984

Sekian lama menyepi hingga Tahun 2014 sudah berlalu seminggu baru blog ini hendak di update. Mungkin ramai pengunjung ternanti nanti apa yang hendak diterbitkan untuk sekian kalinya.

Pilihan untuk permulaan tahun ini adalah siri gegar DDV atau Double Die Variety untuk syiling 50sen. Sebelum ini ramai sudah melihat dan mengetahui dimana bahagian DDV yang ada pada 50sen 1984 ini sebab ada diantara rakan bloger berkaitan syiling error telah muatkan dalam blog mereka, cuma duacongkak agak terlewat sikit menampilkannya kerana barang baru sahaja ditemui.

Selain dari bloger atau blog rakan, kita boleh juga merujuk dari beberapa rakan FB yang hangat membincang dan mempamirkan koleksi koleksi error atau apa sahaja yang menarik terdapat pada syiling. Sejak adanya link FB maka dengan itu duacongkak pun kurang sikit menulis dalam blog.

Maaf pada semua pengunjung.

DSC_1146a

Gambar atas dipamirkan bentuk syiling yang ditempa pada tahun 1984. Berpandukan rujukan dalam buku syiling tahun 84 ini ditempa dan diedarkan sebanyak 10,139,117 keping sahaja.

DSC_1144a

Dari jumlah tersebut ada diantaranya kita boleh temui keluaran Double Die dan tidak pasti berapakah jumlah sebenar syiling DDV ini dipasaran atau dalam edaran kerana sejak dulu tiada siapa pun yang tahu berapa jumlahnya. Yang pasti untuk mendapatkan variety ini amat sukar tidak seperti variety biasa yang ditemui dalam edaran semasa.

DSC_1144a1

Gambar keratan diatas adalah bahagian dimana keadaan DDV yang disebutkan dan dikenali juga sebagai DDO iaitu Double Die Obverse. Ianya hanya dapat kita temui pada huruf GC yang ada pada setiap siri pertama syiling Malaysia yang diterbitkan. Dan hanya pada syiling 50sen 1984 sahaja kita boleh temui DDV/DDOnya. 

DSC_1144a2  

Keratan gambar yang hanya difokuskan pada bahagian DDV/DDO.

Semoga pengunjung berpuas hati dengan apa yang duacongkak pamirkan sebagai rujukan dan selepas ini marilah kita sama sama tumpukan pada setiap syiling 50sen 1984 agar ianya tidak terlepas begitu sahaja dari tangan kita.

Apa pun simpannnnn…dulu

tqvm

2 Comments

    • Asslm..kum puan zura
      tq kerana sudi melawat blog sy. utk makluman puan/tuan, kiranya ada 50sen 1984, cuba cari sebagai mana dalam gambar yg kita dpt lihat huruf GC berganda. Ianya adalah variety utk DDO sbb x semua siri 50sen 1984 berbentuk sedemikian.

      Jenis DDO seperti ini boleh dijadikan koleksi dan ada nilainya kpd peminat/pengumpul DDV. Tentang harga bergantung pd peminatnya sendiri…walau pun org berani mengambil dgn nilai rm1 sdh dikira berharga, apa lagi bila 50sen boleh diambil org dgn nilai rm5 atau lebih…sdh tentu lebih berharga. (contoh sj) tapi jgn berharap nilainya sampai beratus atau beribu…dah kira melampau plk.

      tq puan/tuan zura.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s