” tersembunyi “

Rahsia yang tersembunyi

Tiga jenis atau tiga bentuk syiling Malaysia telah diterbitkan yang bermula dari 1967 hingga 1988 dengan tema berbentuk Bangunan Parlimen. Semua syiling yang dikeluarkan dengan nilai muka dari 1sen, 5sen, 10sen, 20sen dan 50sen adalah berbentuk Parlimen dibahagian muka depannya.

Pada Tahun 1989 pula diubah bentuk dengan tema Bunga Raya bersama tema kebudayaan Malaysia dimuka depannya iaitu 1sen dengan Rebana Ubi, 5sen dengan gasing, 10sen dengan congkak dan anyaman tikar mengkuang atau tikar pandan, 20sen dengan tepak sirih, 50sen bertemakan wau atau layang layang dan untuk $1 dan RM1 bertemakan keris. Siri kedua ini bermula dari tahun 1989 dan berakhir hingga 2011.

2013-11-09 09.50.04 a1

Pada tahun 2012 pula BNM mengeluarkan siri ketiga syiling Malaysia untuk penggunaan harian kepada rakyatnya dengan perubahan bentuk dan bahan yang lain dari kebiasaan kita gunakan selama ini. Bentuk paling ketara perubahan yang dapat dilihat adalah pada syiling 20sen dan 50sen dimana, kedua dua siri ini berbeza pada warnanya yang kekuningan. Ramai pengguna mengeluh kerana sering keliru dengan nilai muka kerana warna yang sama cuma bentuk sahaja berlainan. Setiap kali mendapat duit baki dari pekedai, duacongkak sendiri dapat lihat bagaimana pekedai itu akan membelek terlebih dahulu duit baki yang hendak diberikan kerana khuatir tersalah pulang duit 50sen sekiranya baki cuma 20sen. Begitu juga dengan duacongkak sendiri dimana akan telek dahulu syiling baki takut tersalah beri kepada peniaga.

Kita lupakan cerita diatas dulu sebab ramai pembaca sudah sedia maklum akan bentuk syiling siri ketiga ini kerana ianya sudah beredar sejak 2012 hingga kini. Apa yang hendak duacongkak ceritakan iaitu dibahagian bawah ini.

2013-11-09 09.52.10 a1

Kita lihat bentuk bahagian depan syiling Malaysia siri ketiga dengan nilai muka 50sen. Mungkin ramai diantara kita tidak hiraukan pada syiling ini kerana sudah tahu nilainya hanya 50sen dengan ciri ciri keselamatan pada bentuk syiling tersebut dimana ianya tidak bulat seperti biasa. Keadaan syiling itu mempunyai ” 9 ” lekuk yang tidak pasti apa keistimewaan yang ada pada setiap lekuk itu. Sekiranya ada 14 lekuk sudah dapat agak ianya mewakili 14 buah negeri dalam Malaysia. Apakah ianya mewakili kerajaan Negeri yang beraja iaitu sebanyak 9 buah negeri termasuk Negeri Sembilan.

Kita tinggalkan dulu.

2013-11-09 09.41.31 a1

Perghhh…begitu istimewa sekali syiling Malaysia dengan nilai 50sen ini. Oleh kerana sebelum ini iaitu siri 1 dan siri 2 bagi syiling 50sen Malaysia sudah ditemui banyak yang palsu, mungkin keluaran ke 3 ini mempunyai ciri ciri keselamatan yang ketat bagi mengelak ianya dipalsukan.

Sebagai contoh gambar diatas, sekiranya kita lihat secara tepat, tidak mungkin dapat lihat perkataan SEN pada permukaan syiling tapi, bila kita sengetkan syiling tersebut maka terteralah tulisan SEN itu. Begitu juga dengan gambar dibawah, bila kita ubah pada kedudukan normal, angka 50 pula yang tertera sedangkan perkataan SEN hilang. Padahal ianya pada kedudukan yang sama tanpa berubah kecuali kedudukan syiling sahaja yang berubah. Ciri ciri keselamatan yang ada ini lebih diutamakan bagi mengelak berlakunya proses pemalsuan syiling dan yang lainnya mungkin mahu menunjukkan keunikan syiling kita.

2013-11-09 09.43.14 a1

Tersembunyi bukan berarti tidak boleh ditiru tapi kalau orang mahu tiru juga sememangnya orang itu paling kurang ajar didunia ini. Mementingkan diri sendiri tanpa hiraukan keselamatan negara malah boleh dikirakan sebagai pengkhianat negara nombor satu yang boleh meruntuhkan ekonomi sesebuah negara.

2013-11-09 09.41-horz a1

Kiriman kali ini hanya untuk berkongsi maklumat agar dapat kita sama sama menilai betapa uniknya syiling Malaysia yang ada ini dan patut kita bersyukur dengan kebolehan teknologi kita yang sudah maju walau pun tidak sehebat dengan negara maju yang lainnya. Kita tidak boleh bandingkan negara kita dengan negara maju yang terlebih dulu dihadapan tapi kita perlu merujuk dan melihat kelebihan yang ada pada negara kita berbanding dengan negara yang seiring dengan kita dalam memajukan negara.

Lari topik pulak dah…

sebelum ini pun duacongkak pernah keluarkan benda tersembunyi pada syiling 50sen terbaru ini dan boleh rujuk disini

apa pun layan dulu.

Advertisements

4 Comments

    • TQ bob n selamat datang tuan.

      soalan yg baik, syiling siri ketiga mula diedarkan untuk umum (penggunaan harian) pada tahun 2012 dan ianya dilancarkan pada 2011 sebagai pengenalan dalam bentuk kad khusus untuk dijadikan koleksi. Umum lebih tahu edarannya 2012 kecuali kolektor numismatik yang berebut untuk dapatkan koleksi ianya dilancarkan. dua perkara yang berbeza.

      tqvm tuan bob.

      • kiranya tuan bob perolehi atau terjumpa dalam edaran syiling siri ke 3 ini dicetak pada tahun 2011, kira amat bertuah dan beruntung kerana ianya lebihan dari kad khas (mungkin). Secara umumnya syiling siri ke 3 mula diedar sebagai pengganti bermula dari tahun 2012. harap maklum. Saya sendiri belum temui syiling 2011 dalam edaran tapi tahu ianya ada,

        tq tuan bob.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s