10sen 1988

Die Chips Obv n Rev.

Banyak penemuan yang boleh kita temui kecacatan pada setiap syiling Malaysia, diantara jenis jenis kecacatan menjadi daya tarikan untuk dijadikan koleksi termasuk dari jenis Die Chip atau pun Die Gouge samada ianya berlaku dibahagian muka depan atau pun disebaliknya.

Sebelum ini pun sudah banyak duacongkak terbitkan berkaitan syiling die chip dari setiap siri syiling keluaran Malaysia samada Parlimen, Bunga Raya dan juga siri terbaru s3M yang baru dilancarkan pada tahun 2012. Juga setiap siri tersebut hampir kesemua nilai muka turut duacongkak tampilkan dan kali ini duacongkak ingin berkongsi dengan syiling keluaran siri Parlimen dengan nilai mukanya cuma 10sen.

Agak istimewa sikit keluaran kali ini dimana penemuan Die Chip Error terjadi pada syiling 10sen 1988 yang diantaranya adalah jumlah pengeluaran kedua paling sedikit bagi siri Parlimen iaitu sebanyak 17,852,262 keping sahaja. 

DSC_0660a

Muka depan yang kita lihat diatas adalah bentuk cetakan bagi syiling 10sen 1988, bila diteliti pada bahagian bulan dan bintang, nampak jelas Die Chip Error yang terselah benjolannya. Ianya mungkin boleh dikatakan sebagai Die Gouge error memandangkan dot yang kelihatan agak besar dan timbul tidak seperti die chip error yang kita boleh kesan kejadiannya disebabkan oleh acuan pecah atau pun serpih.

Lihat pula gambar bawah dimana keadaan Die Chip Error yang ada.

DSC_0658a

Perhatikan pada angka (1) dan juga (0) untuk tanda nilai 10sen. Pada bahagian hujung angka satu kelihatan sedikit Die Chip Error begitu juga dengan angka “0” disebelah kanan atas. Kesan yang kita dapat lihat pecahan pada acuan yang agak memanjang.

Untuk kepastian cuba lihat gambar bawah dimana duacongkak sudah tandakan bahagian yang dikatakan Die Gouge Error dan juga Die Chips Error. 

DSC_0658a1-a2

Contoh lebih jelas lagi lihat sahaja keratan gambar dibawah ini.

DSC_0658a1a

Juga kita boleh lihat keratan gambar dibawah.

DSC_0660a1a

Sekiranya gambar yang ditunjukkan agak kurang memuaskan harap maaf saja  Gambar diambil oleh juru foto yang tidak bertauliah dan tiada sebarang pengalaman atau pendidikan.

Moga apa yang ditampilkan kali ini memberi peluang kepada pembaca untuk cuba dapatkan atau bertemu dengan jenis jenis kecacatan yang lebih baik lagi.

Apa pun simpan dulu.

Advertisements

2 Comments

  1. Salam,

    Nsdk pun ada terjumpa syiling seperti ini.

    Rasanya di antara keluaran syiling parlimen 10 sen. ..bagi tahun 1980an adalah yang terbanyak sekali error die chip dan die gouge yang boleh ditemui. Tentu menarik jika dapat dikumpulkan semuanya untuk dilihat die progressive yang terhasil.

    • w.salam Nsdk.

      tq kerana sudi berkongsi info disini, Setuju dengan pandangan tuan memandangkan die gouge/die chip error (xtra dot yg lebih dikenali) mula menjadi tarikan kepada peminat/pengumpul sejak awal lagi dan oleh sebab itu 3 siri iaitu 5sen 1982, 50sen 1979 dan 1988 telah tersenarai dalam buku dgn pengenalan * extra dot *.
      kebelakangan ini sj baru kita dapat lihat lebih banyak penemuan jenis kecacatan ini dan banyak lagi yg ditemui oleh penggemar/pengumpul syiling error.

      saya pun tidak pasti tahun apa lg bg siri 10sen parlimen yg mempunyai die chip/die gouge error sebab dalam simpanan sy tidak banyak. Kalau sy ada penemuan baru akan cuba berkongsi disini..

      sekali lg diucapkan berbayak terima kasih tuan Nsdk.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s