5 duit 2007

Bayangan arca keatas.

Mencari dan terus mencari, selongkar satu persatu hingga mata berpinar pinar, pinggang terasa sakit dan lenguh lenguh, rokok menjadi teman dibibir mulut, air berbotol botol diteguk semata mata untuk mendapatkan sesuatu yang diidamkan dan jika boleh mahu temui yang terbaru.

Begitulah rutin setiap hari bila berada dirumah dan ada kalanya sampai terbawa bawa ke tempat kerja jika ada kesempatan. Menelek satu persatu dan bukannya “menelek nasib” tapi menelek untung nasib kalau kalau temui sesuatu yang bagus untuk disimpan dan dipamirkan kedalam blog sebagai perkongsian.

DSC_0833a1

Hendak jadi cerita rupanya temui sekeping lagi syiling 5sen yang ditempa pada tahun 2007 yang mempunyai bayangan arca. Ianya sedikit berbeza dengan apa yang telah diterbitkan sebelum ini.

Mari kita lihat sama sama. 

DSC_0836a1

Gambar atas adalah sekeping syiling 5 sen 2007 yang mempunyai bayangan ” bunga raya “. Seperti yang telah ditulis sebelum ini dimana syiling tahun 2007 mudah kita temui bayangan arca terutama bayangan  ” gasing ” dibahagian reverse. Untuk mendapatkan bayangan ” bunga raya ” dibahagian obverse agak kurang sikit tapi masih ada harapan dan berpeluang sekiranya kita menukarkan syiling dalam kuantiti yang banyak.

DSC_0836a2

Berpandukan keratan gambar diatas ini kita dapat lihat bentuk bayangan arca ” bunga raya ” sebagai mana anak panah biru tunjukkan. Anak panah bawah atau tengah pula menunjukkan bentuk ” angka 5 ” untuk 5 sen dibahagian reverse. Apa yang menariknya disini adalah bayangan arca tersebut tidak terletak pada tempat yang sepatutnya. Ianya sudah terlebih keatas hingga sebahagian kuntum bunga seperti melepasi bibir rim.

DSC_0823a1-a3

Kita lihat contoh gabungan gambar yang mempunyai bayangan arca bunga raya. Kedua duanya jelas kita lihat tapi kedudukannya tidak sama. Gambar disebelah kiri adalah kedudukan yang biasa dan yang sepatutnya seperti dalam kotak merah kecil tapi bagi syiling kedua sebelah kanan pula kedudukan bunga raya melepasi kepala gasing dan ia tidak sepatutnya berlaku kerana kedudukan bunga raya dibahagian depan adalah ditempat yang betul.

DSC_0836a2-a2

Keratan gambar 

Off center die clash error

Apa pun layan dulu.

Advertisements

2 Comments

  1. Salam…

    Wah menarik ni. Agaknya masa die berlaga dengan die salah satu dari die atas atau die bawah telah tersasar. Syiling yang kedua tu pun menarik juga. Jelas sungguh tulisan negara yang tertera. Tahniah!!

    • W.salam tuan Nsdk.
      siri die clash yg diterbitkan memang menarik dan sy sendiri teruja sewaktu terjumpa dgnnya, cepat2 ambil gambar dan muat dlm blog utk perkongsian dgn rakan2 yg hobinya sama. Mudah2an ada diantara rakan lain dapat mencarinya.

      TQ atas ulasan dr tuan Nsdk.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s