DDO 2004

Tambah lagi DDO error

Mencari dan terus mencari akhirnya hasil yang diterima sekeping syiling ditempa tahun 2004, kini ianya tersenarai dalam simpanan beberapa jenis cetakan berganda. Diantara yang sukar ditemui dan memerlukan waktu yang lama untuk mendapatkannya.

DSC_0399a  

Bila menyentuh berkaitan cetakan berganda ini, ramai yang tidak perasan kiranya tiada sebarang panduan atau contohnya, kali ini duacongkak ingin berkongsi dengan pembaca semua bagai mana bentuk yang dikatakan cetakan berganda itu atau istilah dalam numis sesuai pada syiling error iaitu Double Die Error. Ianya masih berlaku pada bahagian depan syiling 10 sen sebagai mana keluaran sebelum ini iaitu untuk Tahun 2007 dan 2008.

  DSC_0402a

Untuk pemerhatian dan kepastian, cuba tumpukan pada bahagian kepala congkak, ops… maaf, kita lihat pada bahagian tikarnya. Kelihatan ianya ada sedikit lebihan yang melintang pada congkak dan juga pada pangkal leher congkak tersebut. Disitu kita dapat lihat kesan gandaan yang ada sebagai DDO yang diperkatakan. Pada lubang congkak pula sebahagian darinya tertutup dan sempit. Lebih jelas lagi kiranya dibesarkan gambar tersebut.

DSC_0402a1

Keadaan DDO kali ini tidak sama dan tidak serupa sebagai mana syiling 10 sen 2007 yang terjadi hampir keseluruhan bentuk congkak dan tikar, bagi syiling 10 sen 2004 ini ia hanya tertumpu pada bahagian kepala congkak dan tikar sahaja.

DSC_0402a1a

Double Die Obverse.

Apa pun layannnnn…dulu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s