Gegar 2007 DDO

Lama menanti.

Sebelum ini hanya sekadar melihat rakan rakan yang mengeluarkan atau mempamirkan syiling 10 sen 2007 Double Die Obverse, pada kali ini duacongkak ingin tunjukkan pula sekeping syiling terjadinya ” gegar ” DDO yang amat menarik. Sebagai mana yang kita tahu, setiap siri syiling Double Die Error amat sukar ditemui dan memerlukan kesabaran yang tinggi walau pun modalnya tidak seberapa kerana setiap kali kita inginkan sesuatu, hanya perlu ” tukar duit kertas kepada bentuk syiling”. belek membelek setiap satu dan sekiranya ada tuahnya maka pasti kita akan temui apa yang diidamkan. Tapi jangan pula kita menyangka ianya semudah sebagai mana kita lihat dalam gambar. Dalam jumlah besar sebagai contohnya syiling sebanyak RM100 atau mencecah RM1,000 pun belum tentu kita dapat walau pun sekeping. Ini adalah pengalaman duacongkak sendiri dimana sekian lama membelek syiling , hanya baru baru ini temui syiling 10sen DDO untuk 2007. DDR hingga kini masih belum ditemui lagi. Insya Allah, ada rezeki nanti pasti ditemui juga dan bolehlah dipamirkan dalam blog ini.

DSC_0393a  

Kayuh perahu mudik kehulu, patah pendayung hati pun bergetar, lihatlah gambar yang dipamir dahulu, kepala congkaknya nampak bergegar.

DSC_0394a

Bukan saja kepala congkak yang bergegar, malah keadaan tikarnya juga bertindih, lubang congkak tersumbat. Boleh dikatakan pada bahagian atas ini hampir keseluruhannya berganda dan dapat dilihat dengan jelas.

DSC_0394a1

Contohnya lihat pada bahagian keratan dibawah ini.

DSC_0394a1a-a

Selain kesan gegar pada bahagian atas, ianya terjadi juga pada bahagian bawah dimana corak silang pada tikar bertindih dan berganda.

DSC_0394b1

Tidak terkecuali pada bahagian penjuru tikar sebelah atas ini.

DSC_0394b1a

Keadaan buah congkak juga kelihatan berganda.

DSC_0394b1b

Hampir keseluruhan bentuk congkak dan tikar mengalami getaran atau bertindih. Satu satunya Double Die Error yang unik ditemui dan cukup memuaskan hati bila mana hasil selongkar menghapuskan kepenatan mata melekap pada kanta. 

DSC_0393a-a

Sebenarnya masih banyak lagi siri Double Die untuk syiling Malaysia yang tidak kita temui dan ada diantaranya sudah ramai yang memilikinya. Cuma duacongkak dapat pamirkan apa yang ada dalam simpanan dan untuk mengambil gambar rakan rakan dan pamirkan dalam blog ini rasanya macam tidak cukup menarik. Bukan niat tidak mahu berkongsi tapi lebih suka kepada apa yang dipamirkan adalah milik sendiri. Terasa kepuasannya.

Apa pun layannnnn…dulu.

# akan datang syiling 10sen 2004 DDO pula dipamirkan. #

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s