Gegar…2008

 DDO dua kepala congkak.

Penemuan yang tanpa diduga pada 05/06/2013 jam lebih kurang 6.30 petang. Suka hingga tidak terkata. Satu persatu syiling ditelek, dibelek, diputar, dipusing sebanyak RM20 untuk syiling 10 sen sahaja dan hasilnya yang diperolehi sudah cukup mengembirakan hati. Penat terasa hilang dan semangat terus membara mana tahu kalau kalau masih ada lagi yang sama sebagai mana hendak ditunjukkan ini.

DSC_0387a

Apa yang istimewa sangat dengan syiling 10 sen yang ditempa pada tahun 2008 ini? Sebenarnya masih banyak didalam pasaran yang beredar dari tangan ke tangan, masuk kocek keluar kocek dan ada yang sudah terperap didalam tabung.

DSC_0386a

Kalau kita bukan peminat dalam mengumpul syiling begini sudah tentu tidak ada yang istimewanya dan kelihatan sama sahaja dengan syiling yang ada dan selalu kita perolehi diluar sana. Mari kita lihat pada bahagian kepala congkak seperti mana dalam gambaran diatas. Ini adalah yang pertama duacongkak perolehi dan dalam banyak banyak syiling untuk tahun 2008 yang ada bersamanya semasa proses mencari, duacongkak cuma temui satu sahaja yang berbentuk begini. Untuk tahun 2008 rasanya lebih dari 20 keping yang ditemui tapi yang ini hanya satu. Agak pelik sikit sebab bentuk gandaan hanya terjadi pada bahagian kepala congkak sahaja yang boleh dilihat seperti Double Die Error ” Obverse “.  Berbeza dengan DD error yang sebelum ini dimana kita dapat lihat banyak bahagian yang kelihatan berganda contohnya untuk syiling 5 sen DDR 2008 juga 20 sen DDR 2008 yang hampir keseluruhan tulisan BANK NEGARA MALAYSIA  nampak berganda. Begitu juga dengan 5 sen DDO 2009 ” twin tower.

Cuba lihat bahagian keratan dibawah ini…comel kan.

DSC_0386a1a

Untuk melihat imej yang lebih menarik lagi, duacongkak ubahkan gambarnya pada negatif, pada mula ingatkan hitam dan putih, rupanya menjadi biru. Biru pun birulah asalkan kita dapat lihat dengan jelas bahagian berganda tersebut yang pertama kali diperolehi dan terus dipamirkan disini.

DSC_0384a1-a1

Sekian dulu untuk persembahan hari ini dan akan diterbitkan lagi DDO seterusnya pada keluaran akan datang.

Apa pun layannnnn…dulu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s