Perihatin.

Im 1 Malaysia

Kali ini diterbitkan satu kejadian yang tiada kaitan dengan numismatik atau apa jua jenis koleksi yang ada, ianya hanyalah satu kejadian dimana keperihatinan satu keluarga membantu mangsa kemalangan jalan raya yang berlaku pada jam lebih kurang 1.30 tengah hari 24/02/2013. Sengaja diterbitkan dalam blog ini semata mata untuk berkongsi ketulusan hati keluarga berkenaan.

DSC_2232 

Satu kemalangan jalan raya telah berlaku melibatkan seorang penunggang motor sikal berbangsa Indonesia bersama sebuah kereta yang dipandu seorang wanita Melayu disatu persimpangan. Sewaktu duacongkak tiba ditempat kejadian kelihatan seorang lelaki Indonesia (berbaju merah) penuh dengan darah dibahagian kepala dan muka. Kelihatan satu keluarga berketurunan Cina ( warga Malaysia ) iaitu bapa, ibu, dan dua anak gadisnya sedang memberi bantuan dengan membersihkan darah yang mengalir dikepala dan muka mangsa tanpa rasa geli atau pun takut. Si Ibu memangku atau menahan badan mangsa dari belakang dan suaminya membersihkan darah serta kesan luka dengan tisu dan juga sapu tangan. Anak gadis mereka satu darinya memegang payung sambil melindungi cahaya matahari pada mangsa dan seorang lagi menyediakan tisu untuk ayahnya.

DSC_2233 

Dari riaksi mereka sekeluarga dapat dilihat betapa ikhlasnya mereka sewaktu memberi bantuan tanpa hiraukan keadaan cuaca yang begitu panas pada ketika itu. Malah mereka juga tidak menghiraukan siapakah yang mereka bantu dan tidak menghiraukan bangsanya sehinggalah duacongkak bertanyakan pada mangsa barulah dapat tahu mangsa adalah seorang lelaki Indonesia. Tujuan bertanya kerana hendak menghubungi warisnya, dan memberitahu kejadian agar keluarga mangsa datang melawat samada ditempat kejadian atau pun di Hospital.

DSC_2234 

Keadaan motor sikal mangsa yang tidak mengalami kerosakan teruk.

DSC_2235a 

Keadaan kereta yang dirempuh oleh motor sikal tersebut sehingga menyebabkan tayar hadapan sebelah kanan pecah. Apa pun duacongkak terharu pada keluarga Cina itu yang sanggup berpanas dan menghulurkan bantuan sehingga ambulan datang. Tahniah diucapkan, jika begini caranya keseluruhan rakyat Malaysia, sudah pasti negara kita aman. Moga kejadian ini memberikan satu kesedaran pada diri duacongkak agar turut sama memberi bantuan kepada mereka yang memerlukannya pada bila bila masa tanpa mengira bangsa.

IM 1 Malaysia.

2 Comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s