50 sen 2012

Apa yang ada?

Semua orang sudah mengenali duit syiling 50 sen 2012 yang pertama kali diedarkan pada tahun tersebut dan kini menantikan keluaran tahun 2013 pula untuk kumpul jadikan koleksi. Namun masih lagi dengar dari mulut orang menyatakan sukar untuk membezakan antara syiling 20 sen 2012 dan 50 sen 2012 kerana warna dan saiz hampir sama. Kita dapat lihat setiap pekedai atau dimana mana kaunter bayaran akan meneliti syiling ditangan terlebih dulu sebelum dipulangkan kepada pelanggan kerana takut tersilap. Begitulah sebaliknya bagi setiap pelanggan, pasti dia akan berhati hati juga. Bagus juga sebab duit ini memberi kita kesedaran betapa perlunya sikap berhati hati dalam setiap urusan kehidupan. Walau pun ianya kecil tapi amat berguna sekali.

DSC_0357a-1 

Bukan itu yang hendak duacongkak huraikan dalam keluaran kali ini, sebabnya untuk syiling 50 sen 2012 edisi terbaru atau dikenali juga dengan S3M rupanya ada rahsia yang tersembunyi dimana selama ini duacongkak tidak menyangka atau mungkin tidak terbaca dari rakan rakan lainnya.

Sebagai mana gambar diatas itulah bentuknya duit syiling 50 sen 2012 tapi cuba lihat pula pada gambar gambar bawahnya, duacongkak ingin tunjukkan sesuatu sebagai perkongsian.

Selama ini memang tidak perasan.

draw_0202-4a1-1 

Gambar keratan dari syiling 50sen 2012 (S3M) rupanya terdapat juga huruf ‘B, N, dan M’ sebagai mana syiling 20sen yang pernah duacongkak terbitkan dahulu. Cuba lihat gambar atas itu dimana huruf B dan N terletak. Bagi memudahkannya lihat dalam bulatan hijau tersebut. Bagi huruf ‘ M ‘ pula lihat gambar dibawah ini.

draw_0202-4a3-1 

Huruf ‘ M ‘ terletak agak kebawah sikit

draw_0202-4a1a-1 

Gambar ini digabungkan antara huruf ” B,N,M ” yang dapat kita lihat dan anda boleh lihat sendiri pada syiling yang ada ditangan untuk pengesahannya takut kalau kalau duacongkak edit pula.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Advertisements

1 Comment

  1. Pingback: ” tersembunyi “ | Duacongkak's Spot

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s