bayangan arca

20 sen siri baru.

Sekeping syiling 20 sen tempa 2012 yang baru ditemui, ianya kelihatan seperti ada ‘ bayangan arca ‘ pada kedua dua bahagian mukanya, selama ini puas membelek dan mencari error tapi ternyata yang paling banyak ditemui untuk syiling keluaran terbaru adalah dari jenis die chip error. 

Penemuan kali ini hendak tunjukkan pula rupa bentuk die clash error yang mana duacongkak lebih senang katakan sebagai bayangan arca.

Cuba kita lihat gambar syiling dibawah ini.

DSC_2107a

Seterusnya dibawah lagi.

DSC_2109a

Dan gambar ketiga kombinasi kedua dua gambar diatas. Dengan mata kasar mungkin ramai yang tercari cari dimana terletaknya bayangan arca yang dimaksudkan. Memang sukar untuk kita lihat melainkan dengan menggunakan kanta pembesar sebagai mana gambar yang telah diambil dibahagian bawah.

DSC_2107a-1

Gambar keempat ini adalah dari syiling yang sama diatas dan telah diambil gambarnya menggunakan peralatan khas iaitu kanta buatan China yang boleh disambung ke komputer.

draw_0201-3a2-1

Gambar sebelah kiri dan kanan adalah sama cuma sengaja dikombinasikan agar dapat lihat dengan jelas kedudukan bayangan arca tersebut.

draw_0202-3a3-1

Begitu juga pada gambar berikutnya dimana bayangan arca dapat dilihat pada garis garis hijau sebelah kanan.

draw_0202-3a4-1 

Malahan kita juga dapat lihat sedikit corak batik seperti gambar diatas.

draw_0202-3a5-1 

Muka belakangnya hanya sedikit bahagian yang tertera pada angka 20 tapi amat jelas pada bahagian corak batik dan bunga raya seperti gambar dibawah ini.

draw_0202-3a6-1 

Sedikit bentuk bunga raya dibahagian depan kelihatan pada lapisan muka belakang syiling. Ini adalah penemuan pertama duacongkak dan belum ada yang keduanya, mungkin ada diantara pengumpul diluar sana sudah miliki dan mungkin lebih ketara dan amat jelas bentuk bayangan arca daripada apa yang duacongkak miliki.

Pada sekeping syiling terjadinya bayangan arca pada obverse dan reverse, suatu yang amat menakjubkan.

Apa pun simpannnnn…dulu.

5 Comments

  1. Salam sdr duacongkak,
    Dua perkara yg sangat menarik dalam post kali ni,pertama die clash yg cantik dan kedua teknik fotografi yg canggih!..Hingga kini depankanta cuma jumpa die clash pada deno 5 sen s3M dan bagi deno 20 sen ini adalah pertama kali dilihat..Tahniah dan terima kasih kerana sudi berkongsi…

    • salam kembali tuan depankanta
      Terima kasih tuan atas ungkapan itu walau pun masih perlu banyak belajar tentang teknik2 fotografi. Bagi die clash yang ditunjukkan juga adalah yang pertama saya temui dan selama ini tidak pernah terjumpa kecuali die chip bagi syiling 20 sen s3M ini.
      Namun begitu blog tuan lebih menarik kerana banyak info tanpa henti dengan pelbagai siri terbaru. Tahniah juga diucapkan…ikhlas dari dc

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s