DD 2007

20sen 2007

Semakin ramai kolektor sudah miliki syiling syiling DD samada 1sen, 5sen, 10sen, 20sen dan 50sen…malah syiling $1 keris pun ada yang temui DD, tapi duacongkak masih belum dapat kesemua siri yang ada cuma bagi beberapa keping syiling seperti 5sen 2008 DDR 5sen 2009 DDO, 20sen 2008 DDR dan juga 50sen DDR. Hingga kini masih mencuba untuk dapatkan syiling DDR/DDO untuk siri siri yang belum ditemui dan pencarian masih diteruskan cuma agak perlahan kebelakangan ini. Kalau menggunakan kuasa RM mungkin semua siri duacongkak sudah boleh miliki tapi memandangkan pencarian dan usaha sendiri lebih menarik untuk disimpan makanya duacongkak tidak gunakan kuasa RM sebagai jalan mudah. Lebih lebih lagi syiling Malaysia masih mudah kita temui atau diperolehi setiap hari. Hanya nasib yang menentukan.

Bila melihat syiling 20sen 2007 sudah pasti menyangkakan ianya DDO yang dicari. Sebenarnya duacongkak belum berhasil dalam pencarian 20sen DDO yang diharapkan selama ini. Hanya dapat lihat dari koleksi rakan rakan sahaja. Setiap kali temui syiling 20sen 2007 sudah tentu harapan untuk temui DDO tapi apakan daya ianya belum mahu menyinggah. Tapi entah kenapa boleh terjumpa sekeping yang juga kelihatan ianya adalah DDO tapi bukan dari apa yang dikehendaki.

Lihat gambar keratan dibawah dimana sedikit kesan DD terdapat pada bahagian corak disebelah penjuru kanan atas. Begitu juga pada bahagian dalam bentuk bulat, cuma sedikit kesan DD dapat kita lihat.

Kesan DD yang ditemui tidak menyerlah dan hanya sedikit sahaja dibahagian tepi mulut tepak sirih.

Begitu juga jika dilihat bahagian bibir tepak sirih dibawah ini.

Hanya itu serba sedikit DDO untuk syiling 2007 yang ditemui ini dan masih mencari untuk dapatkan syiling 2007 DDO sebenar yang lebih ketara dan menarik.

Lain yang dicari lain pula yang ddapat.

Apa pun simpannnnn…dulu.

13 Comments

  1. salam, saya ada duit 50 sen pelik sikit sebab tepi dia lain..
    takde ape2 garisan atau tulisan belah tepi tu dan di macam gemuk sikit kat tepi..duit tu kecik sikit dari duit 50sen yang lain, tahun 1973, warna pun pelik. nak kata duit palsu, warna tak sama pun dengan 50sen 2005 palsu..saya tak pandai nilai, jadi ni yang tanya duacongkak..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s