20sen 2012

Off Center

Diantara syiling Malaysia yang dikeluarkan iaitu siri pertama dan siri kedua, rata rata kita dapat kesan atau melihat pelbagai bentuk error yang ditemui. Tidak terkecuali dengan siri ketiga dimana error tetap tidak terlepas. Hanya perlu ketelitian maka akan terhasil apa yang dicari, samada ianya minor error namun tetap akan dijadikan sebagai koleksi kerana keunikannya.

Melihatkan gambar atas iaitu bahagian reverse, sepertinya tiada apa apa kecacatan tapi lihat bahagian obverse iaitu gambar dibawahnya. Terdapat anak panah yang diletakkan sebagai petunjuk. Apa maknanya? Cuba lihat bermula dari anak panah bawah pada jam antara tiga ke jam empat, selepas itu buat putaran jam hingga ke anak panah diatas iaitu pada jam satu. Lihat disisi rimnya dimana kita dapati ianya berganda dengan keadan bahagian luar lebih tinggi dari bahagian dalamnya. Keadaan begini sudah cukup untuk jadikan koleksi tapi sekiranya kurang menarik bolehlah digunakan untuk berbelanja kerana nilai mukanya tetap 20sen. Tambahan pula harga rokok kini sudah naik 20sen maka syiling ini sudah tentu amat diperlukan untuk mendapatkan sebungkus rokok. ( Pada kaki merokok sahaja dan bukannya hendak buat kempen merokok. ) Kalau beli ayam atau ikan, tokey cakap harganya RM10.20sen, ada kalanya, tokey pasar cakap sepuluh ringgit sudah cukup dan 20sen kasi diskaun maka selamatlah syiling 20sen dalam simpanan kita tapi, kalau beli rokok jangan harap untuk dapat diskaun 20sen itu.

Melalut pula duacongkak ni…

Sebenarnya syiling 20sen ini duacongkak tetap akan simpan kerana selain error pada bahagian sisi rim, ada lagi beberapa perkara yang menyebabkan ianya perlu disimpan. Bukan semua kita boleh temui begini apa lagi dalam keadaan syiling yang masih cantik dengan kilauannya kerana baru keluar bank dan diperolehi semasa berbelanja dari stesen minyak yang baru buat pertukaran dengan bank.

Cuba lihat keratan gambar diatas dan juga keratan gambar dibahagian bawah. Keratan pertama dari gambar diatas adalah bahagian sisi rim yang diperjelaskan tadi, keratan kedua pula menunjukkan imej berganjak pada hampir setiap bintik bintik juga jalur lima tersebut. Contoh paling jelas cuba lihat pada gambar keratan yang ketiga. Boleh dikatakan hampir setiap hari temui syiling 20sen siri ke tiga tapi keadaan ini cuma baru temui sekeping sahaja. Makanya sudah tentu ianya perlu disimpan dan dipamirkan untuk tatapan semua.

Lihatlah keratan gambar diatas dimana begitu jelas sekali imej berganjak yang ditunjukkan. Pada imej bunga raya (keratan gambar ketiga) pula tidak kelihatan ianya berganjak begitu juga dengan keratan gambar keempat, cuma duacongkak sengaja muatkan keratan keempat kerana mahu tunjukkan huruf BNM yang ada pada syiling tersebut.

Syiling yang satu tapi diambil gambarnya dalam posisi yang berlainan. Terima kasih kepada pengunjung yang sudi melawat blog ini dan sudi pula membacanya walau pun info tidak lengkap.

Apa pun simpannnnn…dulu.

2 Comments

  1. Salam duacongkak,
    Depankanta berpendapat syiling s3M ini adalah kesan MDD,iaitu pergerakan die telah mempengaruhi semua imej hingga kebahagian rim.Fenomena ini tidak dijumpai pada siri sebelumnya..Kemungkinan ini adalah berkaitan dgn kaedah penempaan dan kedudukan hammer die,anvil die serta collar die yg berlainan pada siri ke3 ini…

    Terima kasih sdr duacongkak…

    • salam kembali saudara depankanta:
      sy setuju dgn pandangan saudara depankanta, hanya keunikannya sj membuatkan dc mengambilnya untuk dijadikan koleksi. Perlu ada kepakaran utk mendapatkan pengesahan jenis error begini dan mengharapkan suatu hari nnt saudara depankanta atau lain2 kolektor yg arif akan temui syiling jenis ini dan boleh dikaji dan mengesahkan jenisnya. DD bukan dan MDD pun rasanya bukan.

      apa pun tq kerana dapat beri komen disini untuk kita berkongsi bersama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s