5sen 1988

Tiga dalam satu

Untuk keluaran kali ini duacongkak tunjukkan sekeping syiling 5 sen yang dicetak atau ditempa pada tahun 1988. Rata rata semua tahu syiling terakhir yang ditempa untuk siri Parlimen pada tahun 1988 dan kemudiannya digantikan dengan tema bunga raya bermula dengan tahun 1989.

Boleh lihat bentuknya sebagai mana gambar dibawah ini. Keadaan masih cantik dengan bentuk coraknya nampak jelas dan terang, sekali pun gambar yang diambil agak kurang memuaskan ( cahaya kamera berlebihan). Bentuk gigi rim juga teratur dan terang.

Lihat pula bahagian reverse seperti gambar dibawah yang menunjukkan nilai muka 5 sen. Disini baru kita dapat lihat beberapa kecacatan yang ada pada syiling ini. Diantara yang paling jelas sekali adalah Die Clash, iaitu  bayangan arca bangunan Parlimen, jenis Die Clash begini mudah kita temui pada siri syiling Parlimen dan bukan hanya terdapat pada syiling 5 sen 1998 ini saja malah, kita boleh temui pada tahun lainnya juga. Selain siri 5 sen kita boleh temui juga pada setiap syiling dari 1 sen, 10sen, 20sen dan juga 50sen. Tentu menarik sekiranya diatur Die Clash ini mengikut tahun dan siap sirinya.
Selain dari yang kita dapat lihat bayangan arca, kita juga dapat lihat Die Chips yang jelas dan terang pada syiling ini. Bentuk Die Chip paling menarik dilihat kerana ianya terjadi agak luar biasa dari yang pernah ditemui sebelum ini.
Mungkin kolektor diluar sana sudah memiliki kecacatan sebegini dalam simpanannya tapi, bagi duacongkak ianya adalah yang pertama ditemui untuk siri Parlimen.

Kecacatan ketiga pula iaitu pada bahagian sisi rim iaitu gigi rim dimana, hampir keseluruhan seperti tidak kelihatan gigi gigi ditepi rim sebagai mana yang dapat dilihat pada bahagian obversenya. Kita boleh lihat keadaannya bermula dari jam 10 hingga ke arah jam 4. Licin tanpa gigi bagaikan orang tua yang sudah hilang giginya. Rasanya usia begini belum boleh dikatakan sebagai orang tua lagi tapi entah mengapa ianya boleh rongak pula. kalau orangnya cantik bersih berkulit licin, tapi bila tiada gigi sudah tentu hilang serinya. Berbeza pula dengan syiling ini yang tiada gigi, walau pun rupanya cantik berkilau, bila tiada gigi rasanya menarik pula untuk disimpan sebagai koleksi oleh kerana kecacatan yang ada.

Gambar keratan yang kita dapat lihat bentuk Die Chip yang amat ketara. Kebiasaan dilihat bentuk die chip yang halus seperti die gouge/ extra dot tapi untuk siling 5 sen ini ianya terlalu panjang dan terjadi pada keseluruhan betuk angka 5 itu dibahagian atas.

Gambar bawah boleh dilihat dengan lebih jelas lagi bentuk die chipnya. Menarikkan…!

Gandingan obverse dan reverse untuk syiling 5 sen 1988 error tiga dalam satu.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s