RM1 Polymer

Jumpa dah…

Sekeping nota keluaran terbaru, 2012 ianya dilancarkan, kekalnya ia dengan warna biru, cuma coraknya ada perbezaan.

Ramai sudah orang miliki, setiap hari diguna untuk berbelanja, untuk apa diperkenalkan lagi, dari pada disimpan baik guna saja.

Bukan nak menunjuk atau bermegah, ianya disimpan kerana istimewanya, duit polymer ini baru saja menyinggah, hari rabu 7 haribulan dia menjelma.

Melihatkan gambar berkembar diatas sepertinya tiada apa apa perbezaan, dengan itu cuba lihat dibahagian bawahnya pula dimana duacongkak sudah tandakan dengan kotak dan juga anak panah sebagai panduan. Pada prefix duit polymer ini iaitu A P 1 9 5 9 8 9 9. Pada angka 9 yang terakhir kita boleh lihat ianya tidak selari dengan siri nombor lainnya.  (miss alignment). Walau pun ianya cuma sedikit saja lari dari jajaran tapi sudah cukup untuk dijadikan koleksi ralat.

Gambar keratan agar kelihatan lebih jelas dan terang…

Apa cerita lagi dibahagian bawah sekali tu…sebenarnya tiada keistimewaan pada bahagian tersebut dan ianya hanyalah sekadar suka suka sebagai penambahan. Sekiranya pembaca pernah terbaca keluaran yang lepas lepas berkaitan duit kertas RM 50 keluaran Merdeka, sudah tentu memahaminya. Selain miss alignment yang ditemui pada prefix, terdapat kiraan angka satu persatu yang berakhir dengan jumlah 50. Setidak tidaknya dapat juga digandingkan dengan koleksi yang sudah ada sebelum ini.

Cuba lihat dan buat kiraan sebagai mana dalam gambar keratan dimana angka 1 + 9 + 5 + 9 + 8 + 9 + 9 dan jumlahnya adalah 50. Pada kiraan ini tidak berapa penting tapi yang paling utama adalah pada angka yang menegak dimana angka 9 lari dari tempat asalnya yang menjadikan ianya menarik untuk dijadikan koleksi.

Apa pun simpannnnn…dulu

4 Comments

  1. Assalamualaikum, saya antara follower blog saudara dan pelbagai maklumat yang saya perolehi mengenai ilmu numismatik ini, cumanya saya belum berkesempatan untuk berkongsi koleksi matawang yang saya simpan dalam bentuk blog. Antara yang saya simpan ialah duit RM1 polymer seperti di atas tetapi dengan Prefix ARxxxxxx9 yang mana angka 9 terakhir tu miss alignment pada cetakan vertical. sekadar berkongsi maklumat.. TQ..

    • En/Tuan Fauzi
      terima kasih kerana sering buat kunjungan ke blog saya, untuk dapatkan info lebih baik kena juga melawat rakan2 blog yang lainnya seperti terdapat pada link tepi sebelah kanan. Lebih bnyk info terbaik dari mereka. sy sekadar suka2 sj tulis blog ini bagi hilangkan boring dirumah.

      dalam dunia numismatik ni bnyk cara yg boleh dijadikan koleksi antaranya seperti duit2 error yg nampak semakin mendapat perhatian ramai,

      Sy suka anda pun suka…tq

  2. Saudara duacongkak,

    memang kalau diperhatikan sejak kebelakangan ni duit2 error semakin menjadi perhatian para collector termasuk juga saya, keunikan duit2 error ni walaupun nampak biasa bagi mereka yang terlibat dalam pembuatan atau belajar mengenai proses pembuatan, tetapi jika dijadikan koleksi, ianya banyak memberi maklumat tentang apa yang berlaku di sebalik proses pembuatan syiling atau wang kertas/polimer sehingga terhasilnya duit2 error tersebut, lebih-lebih lagi jikalau ianya dikategorikan sebagai ‘rare item’… cukup berbaloi kalau disimpan

    saya ada juga berkunjung ke rakan2 blog anda yang lain, memang banyak info yang saya dapat, cuma saya ni baru sahaja menceburkan diri mengumpul koleksi2 syiling / wang kertas… tapi tidak la sehingga tahap sifu2 numismatik ni… sekadar ape yang termampu sahaja dengan sumber didepan mata… huhuhu

    • selamat mencebur hobi yg menarik ini…kita serupa sbb sama2 baru mencebur bidang ini dan sama2 masih belajar tentang keunikan setiap apa yang ada pada duit kertas dan juga syiling Malaysia. Apa yg ada itu yg dikumpul berbeza jika kita punyai modal besar…pasti banyak koleksi yg lebih rare dapat dikumpul.

      tq kerana sudi berkunjung kelaman blog saya “duacongkak”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s