50sen 1998

Variety big 8

Masuk kehutan mencari salak, meredah paya terjumpa kelubi, duit 50sen ditolak tidak, kalau boleh mahu tambah lagi.

Buah salak isinya manis, kelubi dimakan muka pun berkerut, mencari sesuatu tak habis habis, sampai kepala menjadi serabut.

Memetik salak harus waspada, kerana durinya tersangat tajam, mencari yang error apa yang ada, kekadang memakan masa berjam jam.

Sudah dipetik jangan disimpan, bawa lah balik makan sekeluarga, syiling 50sen tahun 98, ada siri kecil dan yang besar juga.

Kepada yang belum pernah lihat atau yang belum pernah tahu, atau pun belum pernah memegangnya, cuba perhatikan sebanyak tujuh keping syiling 50sen seperti gambar diatas, mungkin sekali imbas dilihat semuanya sama saja. Tiada beza diantara satu sama lain tapi. bila diteliti dengan baik dengan pandangan mata bersama minda yang tenang, sudah pasti dapat menangkap satu darinya ada perbezaan pada angka ‘8’ untuk tahun 1998. Sebenarnya duacongkak sendiri pun baru saja memperolehi syiling dengan variety angka ‘8’ yang berbeza, ramai kolektor lainnya terlebih dulu temui syiling ini, setelah ditemui barulah dapat disisipkan kedalam blog.

Gambar diatas adalah syiling 50sen dengan variety angka ‘8’ yang besar. Gambar dibawah pula adalah untuk syiling dengan variety biasa dan amat mudah ditemui dalam pasaran. Bagai mana membezakannya..? Cuba perhatikan angka ‘8’ dimana pada bulatan didalamnya lebih besar dari keluaran biasa. Contoh paling mudah lihat saja keratan tiga serangkai dibawah.

Gambaran yang boleh dibezakan melalui gambar keratan dibawah.

Nampak seperti mudah tapi sebenarnya agak susah untuk memiliki walau pun sekeping. Perlu masa yang lama juga untuk diperolehi melainkan tuah seseorang dimana sekali berbelanja di kedai sudah dapat sekeping.

Walaupun sebanyak ini kita selongkar tapi belum tentu dapat hasilnya.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s