Sirip kasar.

Finned Rim.

Melihat bentuk kasar sangat, lopak sana lopak sini bagai disagat, benda macam ini pun menjadi minat, apa yang istimewa tidak dapat dilihat, bersepah sepah boleh kita dapat, ada yang elok ada yang karat, sekali pandang langsung tak terpikat.

Sekali lihat sudah dapat agak, syiling ini sememangnya lasak, mungkin dilanggar kereta atau pun trak, bukan duit error tapi duit rosak, kalau disimpan menjadikan semak, baik dibiarkan didalam kotak, atau pun diberikan kepada budak budak, silap haribulan duitnya dicampak.

 

Semua ini bukanlah nasib, terjumpa syiling yang ada sirip, walau pun lasak tetap dikutip, kedalam folder terus diketip.

Tahun ditempa 2004, sebahagian siripnya sudah terlipat, diantaranya tinggi dapat dilihat, yang rendah pula tidak boleh dirawat.

Sekali pandang macam tak percaya, siripnya panjang tegak bergaya, yang kelepet pula tidak tahu sebabnya, apakah diketuk atau dilenyek tayar.

Gambar diambil pelbagai sudut, Finned Rim namanya selalu disebut, jangan sesiapa gatal nak cabut, biarkan saja ianya membusut.

Bukannya mudah finned rim diperolehi, hanya nasib penentu segala, sekali pandang sudah cukup berahi, tapi awas jangan sampai gila…

Finned Rim / Sirip berdiri.

Walau pun lasak tetap ku simpan, sebagai permulaan atau pun umpan, didalam hati menaruh harapan, bertemu lagi Finned Rim idaman.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Advertisements

4 Comments

  1. Assalam saudara duacongkak,
    Wah nampaknya 5 duacongkak ini kecil-kecil cili padi. Walaupun kecil, lasaknya macam komando, habis calar balar badannya. Mungkin dia tahu dia agak istimewa – ada sirip terlebih. “finned edge error”.

    Perkongsian yang menarik!

    • w/salam mnfadzlyajj.
      kecik2 lagi dah nak jd komando, sekali kena lanyak habis calar balar badannya, oleh kerana semangatnya tinggi akhirnya komando kecik berjaya juga menghadapi rintangan dengan menyelamatkan sirip yg dibawa bersama dalam latihan, walau pun badan calar balar tp telah diiktiraf sebagai berjaya dlm latihan dan dianugerahkan jeket keselamatan untuk dirinya.

      tq Anjung sbb anugerah terbesar adalah ” finned edge error ”

      perkongsian sekadar termampu.

    • W/salam nsdk…
      Salam perkenalan dan terima kasih kerana sudi melawat blog yg tak seberapa ini, Sekiranya tuan juga ada miliki syiling seperti ini, tahniah ducapkan kerana sememangnya bukan mudah untuk kita perolehinya lebih2 lg sekiranya dapat yg elok tanpa cacat cela.

      terima kasih sekali lg dr dc

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s