Berhasil juga

Extra Extra Extra dot

Sehari sebelum 25hb 9, saja nak tukar duit syiling sebab sudah lama tidak membelek. Bukan banyak pun cuma RM54 sahaja seperti dalam gambar. Duit syiling pun campur campur, sebaik saja diambil terperasan sekeping syiling siri pertama Parlimen dibahagian depan sekali.  Sekali pandang keluarannya tahun 1988 dalam keadaan baik dan sikit bersinar.

Gambar bawah tiada apa apa yang dapat menarik semangat untuk diselongkar.

Bila dibelek belek dalam bungkusan plastik, tidak kelihatan yang menarik lagi selain sekeping syiling 50sen tersebut. Apa pun mesti dibawa balik untuk proses mencari dan membelek satu per satu.

Yang penting setelah dikeluarkan dari bungkusan, syiling 50sen 1988 dikelebek dulu memandangkan ianya ada sesuatu yang perlu dilihat. Dengan mata kasar saja sudah dapat lihat sesuatu kelainan pada syiling tersebut dan telah memberikan semangat untuk memastikan benar atau tidak ianya DOT yang dicari.

Rupa belakang syiling dengan tahunnya

Muka depan syiling yang kita boleh lihat kesan ‘ DOT ‘ di bumbung Parlimen. Sebelum ini duacongkak sudah keluarkan siri syiling ini dan kali ini dikeluarkan lagi kerana ianya lebih baik dari keluaran sebelumnya. Syiling yang lama terlalu uzur dan warnanya juga hitam, penemuan kali ini kelihatan syilingnya paling tidak pun dinilai sebagai AEF – AU. (nilaian mata kasar yang bukan pandai tentang greding)

Gambar keratan diatas kita dapat lihat dalam bulatan putih itu adalah DOT DOT yang dicari pada syiling 50sen 1998. Selain dot dot tersebut kita boleh juga temui syiling yang mempunyai satu ‘ DOT ‘ pada bahagian bumbung Parlimen bagi keluaran tahun yang sama, tapi yang ini kita boleh lihat tiga kesemuanya.

Ini adalah diantara syiling yang menjadi daya tarikan untuk setiap kolektor bagi mendapatkannya sebagai koleksi. Sukar juga untuk temui walau pun sekeping apatah lagi kiranya keadaan syiling masih cantik walau pun sudah diguna pakai dan berpindah dari tangan ke tangan sehinggalah tiba ke tangan duacongkak.

Akhirnya…

Apa pun simpannnnn…dulu.

3 Comments

    • salam syed adib:
      pertanyaan yg baik, DOT atau istilahnya Die Gouge dan boleh juga dipanggil die chip pada syiling disebabkan oleh alat pencetak serpih atau berlubang. Cuba lihat pada keratan gambar dlm bulatan putih, terdapat titik menyerupai DOT. Kalau nak lebih jelas cuba lawati blog rakan2 lain seperti saudara depankanta, MNfaj, Mr Dickson Etc. mereka banyak terangkan tentang nama2 error sebenarnya.
      TQ syed adib

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s