Barang buangan (2)

Asal jumpa.

Menjejakkan kaki ke kebun orang, sekali lihat pada pondoknya macam malu malu untuk didekati. Mana tidaknya apabila ditepi pondok kelihatan tong sampah kuning yang memberi isyarat bahawa hendaklah menjaga kebersihan bila berada dikawasan kebun. Walau pun tidak diletakkan sebarang nota atau peringatan, kita haruslah faham akan maksudnya.

 

Inilah tuan kebun yang baik hati dan amat suka berbudi dengan tanah, biar pun dalam usia melebihi setengah abad, namun masih bertenaga dan kuat memegang cangkul dan tidak mensia siakan tanah kosong yang terbiar begitu saja tanpa sebarang usaha. Alhamdulillah, beliau tidak keberatan malah diajaknya duacongkak melawat kebunnya yang sedang diusahakan itu.

Setelah memasuki kawasan kebun dan melihat keadaan sekeliling ternyata cukup tenang dan pemandangannya juga cantik dengan kehijauan pokok pokok nipah ditepi kali. Sebenarnya bukan kali tapi ianya adalah sebuah parit kecil yang menampung limpahan air sungai saja. Jarak parit ini lebih kurang 80 meter saja antara sungai dengan daratan iaitu penghujung parit, setelah itu limpahan air akan memenuhi hutan nipah yang kita dapat lihat dalam gambar. Latar belakang hutan pula kelihatan bangunan rumah ala ” kondo ” empat tingkat, dan disitulah juga tempat kediaman duacongkak.

Gambar bawah pula melihatkan hasil kebun yang diusahakan dimana ianya penuh dengan pokok pokok pisang. Selain itu dia juga menanam pelbagai jenis sayur sayuran juga beberapa jenis pokok ulam dan kekacang. Serumpun serai dapat dilihat dengan subur sekali.

Dalam tinjauan ini juga duacongkak menyusuri tepi parit dan melihat beberapa botol hijau yang berada diatas tanah dan ada juga yang hampir tertanam. Sekali pun tidak diambil botol itu namun sudah dapat mengagak yang mana botol itu adalah dari botol arak. Botol botol begini kurang mendapat perhatian duacongkak dan tidak menarik minat untuk dikumpul biar pun ada yang bentuknya menarik.

Seandainya tanah ini digali, berkemungkinan banyak lagi botol botol yang akan keluar dari timbunan tanah lumpur kering ini. Mengikut tuan kebun ini, sewaktu bangunan ala ” kondo ” itu hendak dibina, ianya adalah tanah milik individu dan kerajaan telah membelinya untuk dimajukan. Jentolak telah membersihkan kawasan ini dan menimbus serta menanam apa saja yang ada diatas muka bumi. Mana yang tidak tertimbus maka akan kelihatanlah ia. Bagi rakan iaitu pekebun itu yang mengusahakan tanah tersebut telah mencangkul dan keluarlah semula apa yang tertimbus seperti mana yang dapat dilihat.

Apa pun tunggu sambungannya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s