Barang buangan (1)

Tempat Sampah

Seperti biasa duacongkak gemar berjalan jalan dalam kawasan kebun atau kampung kampung. Sebabnya keindahan kampung amat menarik dan mengingatkan asal usul duacongkak yang datangnya pun dari kampung. Walau pun kampung duacongkak amat jauh berbeza dengan kampung kampung yang di lalui.

Beberapa keping gambar sempat dirakamkan  sebagai kenangan lebih lebih lagi pada benda benda yang tidak pernah dilihat atau pun benda yang menarik minat. Sebagai contohnya:-

Gambar anak pokok getah liar yang tumbuh di tepi jalan kampung dengan berlatarkan kebun kelapa sawit. Sekali imbas tiada apa apa yang menarik kerana ianya sekadar anak pokok getah yang boleh dilihat dimana saja. Terutama bagi mereka yang mempunyai kebun getah, sedikit pun tidak menghairankan.

Bagi duacongkak, daun daun getah ini cukup lebar dan cantik dan sekiranya diambil sudah pasti boleh dibuat bungkus tapai pulut dimana my wife suka membuatnya. 15 tahun dulu daun daun getah menjadi sasaran kerana my wife membuat tapai untuk dihantar ke kedai kedai. Amat laris sekali kerana bungkusan yang berbeza dari yang biasa dilihat iaitu tapai daun pisang. Zaman sekarang banyak tapai yang diletakkan dalam cup plastik.

Ini adalah keratan gambar diatas yang mudahkan untuk melihat daun daun getah sebagai mana yang dibulatkan. Bagi mereka yang ada kebun getah mungkin tidak hairan memandangkan selalu saja melihatnya, tapi bagi duacongkak agak musykil sikit sebab diantara anak anak pokok getah ini mempunyai daun yang pelik dan berbeza sama sekali dengan yang lainnya. Cuba lihat bahagian tengah tengah gambar ini terdapat setangkai daun yang panjang. Sebenarnya adalah daun getah juga tapi tidak tahu apa spesisnya. Kalau hendak guna balut tapai memang tidak boleh tapi duacongkak sekadar ambil gambar dan biarkan saja ditempat asalnya tanpa dipetik.

Tinggalkan tempat itu dan teruskan perjalanan lagi menyusuri kampung kampung hingga terhenti disatu tempat untuk ambil gambar lain pula.

Kali ini sampai pula ditempat buangan sampah ditepi tali air. Sepatutnya tempat ini dilarang membuang sampah kerana mengotorkan parit dan jalan sebab ianya adalah tanah rizab. Tapi nampaknya ramai orang yang membuang sampah sarap disini tanpa rasa bersalah malah tanpa sebarang notis larangan.

Apa yang didapati adalah terdapat banyak gulungan poster atau banting Coca Cola yang kita lihat bertampal dikedai kedai selama ini. Berbagai bentuk berbagai corak termasuklah banting Coca Cola Tahun Naga. Pada mulanya duacongkak sekadar lalu dan mengambil gambar tanpa hiraukannya tapi, sempat juga ambil beberapa keping untuk jadikan koleksi, pada keesokan hari bila dilawati semula didapati semua banting ini sudah tiada.

Angan angan mahu kutip semuanya tapi ternyata sudah habis. Pasti telah diambil orang kerana ianya masih elok dan belum ada cacat celanya malah sedikit kekotoran pun tidak kelihatan dan ianya masih baru.

Hanya dua keping gambar saja diambil dan kita dapat lihat gulungan banting bertaburan. Gulungan banting yang dibawa balik kerumah belum dibuka dan masih terikat seperti biasa atau asalnya. Terlupa pula untuk ambil gambar dan dimuatkan sekali dalam blog ini.

Apa pun simpannnnn…dulu.

2 Comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s