operasi di malam raya ke 3

kenangan beraya di kampong

Persiapan operasi ikan bakar diperkarangan rumah adik di kampong pada hari raya ketiga. Semua ahli keluarga dapat berkumpul berbanding sambutan hari raya sebelum ini dimana duacongkak jarang dapat beraya bersama. Oleh kerana semua adik beradik dapat berkumpul, kata sepakat pun dipersetujui untuk buat masakan ikan bakar dan juga ayam.

Sebaik saja selepas waktu maghrib, arang pun dinyalakan dengan api yang besar untuk mendapatkan baranya. Ketika ini juga cuaca tidak mengizinkan dan hujan mula rintik rintik.

Oleh kerana hujan mula semakin kasar, satu dari dapur bara diangkat dan dialihkan dibawah bumbung anjung rumah. Satu dapur lagi digunakan payung bagi mengelakkan dari air hujan.

Setelah arang menjadi bara, ayam terlebih dulu dibakar. Walau pun hujan rintik rintik tapi operasi bakar diteruskan juga tanpa dihiraukan keadaan cuaca.

Dapur arang berpayung digunakan untuk membakar ayam dan sebuah dapur lagi digunakan untuk membakar ikan. Sebelah pagi pergi kepasar untuk mendapatkan ikan yang baik, sebaliknya ikan kembung (temenung) dan juga cencaru (ikan jeket) sahaja yang ada, ikan pari atau ketuka tidak kelihatan dan juga jenis jenis lainnya tidak ada. Akhirnya ikan tudung periuk pun dibeli juga untuk dibakar.

# dalam gambar yang ditunjukkan itu ikan kembung #

Ayam yang sedia untuk di bakar, dalam besen merah bertutup dengan dulang (talam) berbunga pula adalah udang harimau juga sedia untuk dibakar.

Bila ayam dan ikan sudah masak. ” amboi…berbincang apa la gamaknya tu “

seketul ayam nak berkongsi bertiga…” banyak lagi dalam talam tu…”

Alamak, batang pisang tu nak buat apa?

Batang pisang dipotong/kerat dan bahagian tengahnya pula dikorek, setelah itu ikan yang siap dengan rempah ratus disumbat dalam lubang tersebut. Lebih kurang empat atau lima ekor ikan kembung (temenung) berjaya di isi dalamnya. Apabila semua ikan, ayam dan udang habis dibakar kini giliran ikan dalam batang pisang pula sedia untuk di masak.

Semasa menunggu waktu proses memasak ikan dalam batang pisang, duacongkak sudah tertidur menyebabkan gambarnya tidak dapat diambil. Menurut tukang masak (adik lelaki duacongkak), katanya, proses membakar ikan ini memerlukan api yang besar dan dibiarkan hingga batang pisang itu mengecut. Sayang sekali semua itu duacongkak tidak lihat dan tidak mengambil gambarnya untuk tatapan. Bukan itu saja malah, tidak sempat juga untuk merasai masakan tersebut. Keesukan paginya baru tersedar dan segalanya sudah licin.

Terasa rugi juga tidak dapat merasai semua itu…kenapa la ngantuk sangat malam tu. Mungkin kepenatan jalan jauh dari selatan hingga ke utara membuatkan badan terasa penat.

Diantara pembaca rasanya ada yang pernah berbuat sedemikian.

Advertisements

1 Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s