First Prefix AA RM1

 

First Prefix running nombor dengan duit RADAR

Untuk tatapan seterusnya bagi siri baru duit kertas Malaysia yang di perolehi, berkat kesabaran akhirnya bertemu juga dengan nota Polymer untuk RM1 dengan Prefix yang pertama iaitu bermula dengan AA.

Rupa bentuk muka belakang (reverse) untuk RM1 polymer seperti gambar diatas yang tunggal.

Enam keping RM1 dengan AA 4374731 hingga AA 4374736. Penampilan duit ini tidaklah seghairah low nombor atau pun solid nombor yang pasti menjadi daya tarikan bagi setiap pengumpul atau pun peminatnya tapi, ada sikit keistimewaan pada duit ini iaitu selain duit siri pertama dengan AA, ianya juga terselit sekeping DUIT RADAR yang boleh dijadikan koleksi untuk simpanan peribadi.

Cuba lihat pada duit polymer ini yang bertanda anak panah hijau dimana siri nombornya adalah AA 4374734. Selain nombornya selari tapi dengan adanya siri RADAR maka ianya bolehlah disimpan sebagai koleksi.

Apa pun simpannnnn…dulu.

3 Comments

  1. salam 2chongkak, duit ni bini kwn tukar di bank sebanyak RM100 utk guna duit raya bg budak2….bila diperiksa ada 1 note tu xda gamba agong..putih je mcm bayang2..yg ada hanya bunga raya merah sahaja. lain2 tiada..kalau bro nak nk tgk sy boleh emailkan..bg email bro kt sy..

    ada seorang cina, mahu membeli duit itu dgn harga RM5000 tp sy berhasrat mahu menjual lagi…kata cina tu dia tidak pernah nampak duit mcm ni rupa. tiada gamba agong tu ada dia tgk tp yg complete xda simbol yg lain x pernah jumpa…

    apa pendapat 2chongkak….!!

    • salam kembali cr4ck3r5
      Penemuan yg terbaik sekali dan sy dpt bayangkan bagaimana rupa bentuknya. TQ kerana sudi beri info dlm komen sdra.

      sayangnya kenapa tidak dijual saja dgn nilai tawaran RM5.000 itu. cukup sekadar kita simpan gambarnya sebagai kenangan. Walau bagai mana pun keputusan utk jadikan 1 koleksi amat dihargai kerana memang sukar utk dptkan error sedemikian lebih2 lg dlm 1 stack. Harap saudara dapat simpan dlm 1 stack dan jgn guna semua duit tu kerana ianya lebih bernilai dan bukti errornya Ori. Sepatutnya duit tu di tarik balik oleh BNM dan digantikan dengan siri ZA xxxxxxx.

      TQ sekali lg.

      • Setakat ini sy tidak laporkan pada mana2 bank takut pihak bank akan tarik…tindakan sy hanya menyimpan sahaja duit yg susah nak jumpa ni. no siri duit cacat tu AR 7882389 dan sy juga meyimpan turutan no ke bawah AR 7882389 ke 80 sebagai bukti..sy ada 10 keping kesemuanya..sy dgr mcm2 kegunaan duit tu, utk berubat lah, no ekor lah, mcm2 lagi..betul ker?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s