Rerambut..

Die Crack Error

Keluaran yang lepas untuk syiling 2010 dan kali ini ditunjukkan pula siri tahun 2001 yang terdapat Minor Die Crack Error. Ternyata kecacatan dari jenis seperti rerambut ini bukan pada satu atau dua siri tahun tempaan tapi ianya terjadi dibanyak tahun tahun lain.

Kita cuba layan dulu siri tempaan tahun 2001.

Melihat pada gambar diatas sepertinya tiada apa apa kecacatan dan ianya perlukan ketelitian maka barulah kita dapat temui sesuatu error yang tersembunyi.

Boleh lihat melalui keratan gambar dibawah ini..

Kalau sesiapa yang perasan, kebanyakan Die Crack Error terjadi pada bahagian obverse atau muka depan syiling. Mengapa boleh terjadi begini? Dua keping sudah ditunjukkan dan ini adalah yang ketiga dimana ketiga tiganya terjadi dibahagian obverse. Jarang kita temui dibahagian reverse. Bukan bermakna Die Crack Error tidak terjadi pada bahagian reverse tapi kita amat jarang temuinya bagi syiling 50sen, berbanding dengan siri syiling 1 sen yang mudah ditemui pada kedua dua bahagian mukanya. Untuk melihat bentuk Die Crack yang terjadi pada permukaan syiling 50 sen ini cuba lihat pada bahagian anak panah. Disitulah kita nampak jaluran besi halus timbul bagaikan seurat dawai atau pun seurat rambut. Ianya hampir terjadi sebagai Die Crack RTR.

Ini adalah link bagi syiling keluaran lalu dengan tajuk rerambut. Terjadi pada syiling tempaan tahun 2000

Apa pun simpannnnn…dulu

Advertisements

2 Comments

  1. Salam duacongkak,
    Die crack pada syiling 50 sen spt yg dipamirkan ini agak istimewa kerana ianya terjadi dalam bentuk dan ditempat yg hampir sama pada tahun tempaan yg berlainan…Mungkin duacongkak boleh cari jawapannya….

    Terima kasih duacongkak,selamat bersahur dan berpuasa…

    • salam depankanta.
      Alhamdulillah, kita sudah pun berada dalam bulan ramadhan dan semua umat Islam menyambutnya dengan mengharapkan keberkatan.

      Untuk die crack 2001 ini terjadi pada bahagian bawah iaitu pada ekor wau tapi yang dua lg iaitu utk tahun 2000 n 2010 terjadi dari tengah di arah jam 9.00 dan naik keatas, Ada sekeping lg iaitu 2011 akan diterbitkan nnt…Insyaallah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s