Variety 2005

50 sen 2005 dengan varietynya

Salam sejahtera, sebenarnya sudah lama duacongkak ingin muatkan berkaitan variety syiling 50 sen 2005 untuk tatapan semua. Oleh kerana kamera buat hal dan puas mencuba pelbagai teknik hingga akhirnya terpaksa juga mendapatkan kawan serta bertanya masalahnya. Mujur kawan ini tahu tentang kamera(juru foto)lalu dia tunjukkan cara bagai mana untuk kendalikan semula. Selamat duit duacongkak yang asalnya mahu hantar ke kedai untuk dibaiki padahal bukan rosak pun. Itulah masalahnya kalau tiada ilmu dalam fotografi hinggakan benda kecil pun disangkakan rosak.

Kembali semula dengan tajuk diatas.

Ramai kolektor tahu syiling 50 sen 2005 adalah keluaran terbanyak yang diedarkan iaitu 691,680,006 dan juga diantaranya terdapat pengeluaran syiling syiling palsu pada tahun tersebut dalam edaran. Berapa jumlahnya tidak pasti, dengan itu sudah tentu jumlah dalam pasaran melebihi dari jumlah yang sebenarnya.

Kali ini duacongkak ingin berkongsi tentang Variety yang dapat dikesan pada syiling 50 sen 2005 hasil dari membelek belek untuk mencari sesuatu error. Variety sebenarnya tidaklah duacongkak tahu kerana tiada info atau belum pernah lihat mana mana panduan buku yang menceritakannya terutama ahli ahli numis Malaysia. Dengan itu duacongkak mohon maaf pada ahli ahli numis Malaysia sekiranya info ini bercanggah dengan kedudukan sebenar.

   

Syiling 50 sen 2005 pertama.

Pada keratan gambar ini cuba lihat bahagian rambu wau sebelah kiri dimana bahagian paling kiri terdapat sedikit lebihan bagaikan taji atau lawi ayam. Kita tinjau siri kedua pula.

 

   

Syiling 50 sen 2005 ke 2

Jika di teliti pada syiling ini di bahagian tajinya kelihatan hampir sama dengan yang pertama diatas cuma bezanya iaitu taji ke dua ini lebih kasar dan keras.

 

   

Syiling 50 sen siri ke tiga

Siri ketiga ini kita dapat lihat keadaan ‘ tajinya’ lebih panjang dari siri satu dan dua. Ketiga tiga siri variety ini sememangnya mudah ditemui diluar sana kerana edarannya cukup banyak. Apa yang penting bagi peminat variety coin mesti mahu dapatkan yang terbaik untuk jadikan koleksi. Lebih lebih lagi syiling yang ‘ bling bling ‘. Rasanya siri bling bling ini hanya untuk syiling siri Parlimen saja dan belum terjumpa lagi bagi siri Bunga Raya.

 

Inilah tiga Variety yang ada pada syiling 50 sen 2005 yang duacongkak perasan untuk diketengahkan sebagai koleksi. Siri ini belum ditemui lagi pada siri syiling 50 sen untuk tahun tahun lain. Apa yang sering dilihat iaitu tajinya sama dengan siri pertama pada gambar sebelah kiri.

( mohon maaf kalau tersalah info )

Apa pun simpannnnn…dulu.


4 Comments

  1. Salam dan tahniah duacongkak,
    Penemuan varieti die yg menarik,syiling 50 sen 2005 siri bunga raya merupakan keluaran yg paling banyak dijumpai perubahan yg dibuat pada rekabentuk imej samada pada die bawah atau die atas.

    Depankanta pernah jumpai dalam blog kakicoin.blogspot.com yg cuba menulis penemuan yg hampir sama dgn duacongkak ini.(dah lama blog tersebut tidak dikemaskini)

    Agak sukar untuk mengira berapa varieti die syiling 50 sen 2005 kerana perubahan dibuat bersilang antara die atas dan die bawah,apa yg dapat kita susun ialah berapa varieti die atas dan berapa varieti die bawah selepas itu baru disusun berapa variety syiling 50 sen 2005 ini.Tidak lupa juga untuk mengambil kira varieti collar die…

    Terima kasih banyak2 duacongkak,teruskan usaha menyelidiki varieti die syiling Malaysia…

  2. Ada satu lagi variasi yang terdapat pada syiling 50 sen 2005..ianya terdapat pada bahagian yang biasa kita terlepas pandang ~ sisi syiling (edge)..terdapat dua variasi edge lettering..variasi huruf G (NEGARA)..satu variasi dengan huruf G yang kecil dan satu lagi dengan huruf G yang besar..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s